Tuesday, 19 August 2014

SOALAN CEPUMAS

copy paste...

SOALAN CEPUMAS

Dalam banyak-banyak MAKSIAT dan DOSA yg ada di dalam Islam, maksiat dan dosa apakah yg;

+ dijalankan di Malaysia secara sah,
+ diinstitusikan,
+ tidak boleh dibawa ke mahkamah,
+ dikomersialkan,
+ diiklankan di televisyen, radio,
+ terpampang di billboard, akhbar
+ diniagakan,
+ ramai ejen mempromosikannya,
+ banyak cawangannya, dan
+ dilakukan tanpa rasa bersalah dan berdosa…?

… walhal ia adalah;

+ sebesar-besar dosa di dalam Al-Quran,
+ salah satu dari 70 dosa besar,
+ sama dengan berperang dengan Allah,
+ seolah-olah berzina dengan ibu bapa sendiri,
+ lebih teruk daripada berzina 36 kali,
+ hilang keberkatan hidup,

JAWAPANnya ialah dosa RIBA.
Sebab apa?

+ Iklan bank dan insurans RIBA merata-merata,
+ Bank dan insurans RIBA mendapat lesen dari kerajaan untuk dijalankan secara sah,
+ Promoter-promoter bank dan insurans RIBA berbangga, mempromosi produk RIBA mereka,
+ Iklan-iklan insurans dan bank RIBA terpampang di kaca-kaca TV, disiarkan di radio dan akhbar,
+ Ejen-ejen syarikat insurans RIBA seronok mempromosikan kerjaya mereka mempromosikan produk RIBA,
+ Pekerja-pekerja institusi RIBA memberi makan anak isteri tanpa rasa berdosa,
+ Pejabat-pejabat cawangan bank dan insurans RIBA terdapat merata-merata di sekitar kita.
+ Tidak ada mahkamah yang boleh menjatuhkan hukumam atas dosa RIBA, termasuk mahkamah syariah.

Cuba BANDINGKAN dengan dosa dan maksiat lain, seperti RASUAH, MENCURI, MEROMPAK, ZINA, ROGOL, BUNUH dan sebagainya;

+ Tidak ada pelaku maksiat ini yang mengiklankan secara terbuka maksiat mereka sebagaimana pelaku maksiat dosa RIBA,
+ Kegiatan maksiat dan dosa mereka dijalankan secara tertutup tanpa mahu diketahui oleh orang awam,
+ Tidak ada iklan TV mempromosikan orang ramai menjalankan rasuah, mencuri, berzina, merogol dsb sebagaimana iklan mengajak orang ramai melanggan produk RIBA.
+ Pernah lihat iklan pelacur mempromosikan kerjaya sebagai pelacur, sebagaimana iklan ejen insurans RIBA mempromosi kerjaya sebagai ejen insurans RIBA? Tentu tidak.
+ Pencuri, perompak dan peragut menjalan kegiatan dosa maksiat mereka secara tersembunyi, menutup muka, kerana bimbang orang lain tahu, tapi tidak bagi promoter-promoter dan ejen-ejen produk RIBA.

Sebab itu di dalam Islam, dosa RIBA balasannya adalah sama dengan dosa SYIRIK, iaitu KEKAL DI DALAM NERAKA SELAMA-LAMANYA, sekalipun orang itu solat, puasa, berzikir, qiyamullail dsb.
Naudzubillah-minzaalik, semoga ALLAH menjauhkan kita semua dari dosa RIBA. 

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Minat KERETA MEWAH?? Jom ikut cara bro ni..

Kepada peminat2 kereta mewah. Ikutilah cara bro nii.

Kisah benar yang berlaku pada 18/8/2014 Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di car wash area pekan Balakong. Berhentikan kereta,matikan enjin n serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta.. Nepal ke , Myanmar ke aku tak pasti.. Terlihat parking sebelah kereta aku chevrolet mustang ( tranformer) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ni dalam harga 400k pada permulaannya..

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca.. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond , memandangkan cuaca agak panas .. Aku duduk dan memandang ke belakang lalu menegur brother yang kebetulan sedang membaca aku agak buku2 bermotivasi tinggi di tangannya .

Aku bertanya" kereta bos ke tu ?" Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum.." Dari mana bos?" Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke? Consultan jawabnya.. Ooo.. "Consultan untuk untuk pinjaman perniagaan dan pernasihat kepada bank2 di Malaysia ."waww"!! Mesti best jawab hati aku..

Saya dah 30 tahun dalam bidang ni.. Katanya. Aku tanya dia.. Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada? Dia tersenyum dan katanya" saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank..apa yang ada, besarkan modal.. Saya bermula dari kecil.. Mula ada 10k, kemudian 20k, 60k, 80k, kemudian kepada 100k,200k, 400k dan 800k, cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan .. Paling seronok jika dapat 1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat 1 juta yang ke-2 terlalu mudah n pantas .. Katanya.

Aku terdiam..

Ramai orang susah datang berjumpa saya..mereka bertanya apa rahsia saya? Katanya..
Saya akan berkata" Allah jadikan dunia ini untuk kita.. Kita di kurniakan akal.. Gunakan sebaik mungkin .. Jujur.. Jangan menipu.. Ramai yang tak yakin janji Allah . Sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan " pasti" akan ditunaikan .

Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya.. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam.. Minta sungguh2.. Pekerja saya bila azan bergema.. Saya arahkan tinggalkan kerja" sekarang". Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu!, Allah panggil kita mengadap dia.. Tapi kadang kala kita cakap " tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi"! Allah tu pencipta alam semesta.. Kita boleh cakap pulak kat dia mcm tu..

Dammm! Tersentap aku..

Katanya lagi.. Ramai yang datang minta kerja.. Soalan pertama saya tanya.. Awak solat tak 5 waktu.. Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun .. Jika tak solat.. Saya takan terima. Ada yang datang.. Nak suruh support buat pinjaman.. 100k, 1 juta, 50 juta @ 500 juta saya boleh tolong.. Bagi kertas kerja pada saya.. Saya selidik dan sain serta recomen pada bank maka bank akan luluskan.. Tapi soalan pertama saya tanya dulu.. Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak.. Awak balik saja.. Katanya..

Ada yang berkata" abg tu bawak " tranfomer" pergi masjid .. Jika saya bawak kancil je..
Katanya.. Kereta tu milik Allah .. Dia bagi pinjam je tu .. Apa salahya saya bawak dia pergi mengadap Allah .. Hati niat kena betul.. Jangan niat nak menunjuk.. Niatkan nak cepat mengadap Allah , nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha.. Kerata tu saya beli hampir 700k import . Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai . Saya bukan tak mahu ferrari @ lamborgini .. Sebab ekzos dia bising .. Kereta chevrolet mustang ni lagi laju dari ferrari @ lamborgini .. Kereta ni 6.2 hose power.. Ferrari n lamborgini baru 4.8 hose power ...10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin.. Niat apa yg kita ada untuk manfaat pada orang lain.. Kereta tu cuma besi.. Yang diisi enjin .. Tuang minyak.. Start n berjalan lah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur...

Satu lagi pesan saya.. Berkawan kita yang perlu pilih.. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama.. Akhirat .. Dunia ni pinjaman.. Carilah pinjaman yang terbaikk disini.. Untuk kekayaan sebenar di sana,sekadar kongsi yang bermanfaat.

ANTARA HADITH DAN AYAT AL-QURAN PERLUNYA TAKAFUL

Hadith Riwayat Ibnu Majah

"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia''

Hadith Riwayat Al-Bukhari

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"

Surah Al Maidah, Ayat 2

"Dan tolong menolonglah kamu pada perkara kebaikan dan jangan lah bekerjasama dalam perkara-perkara dosa yang menimbulkan permusuhan."

Surah Al-Baqarah, Ayat 240

"Dan orang-orang yang (hampir) mati diantara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah (saguhati) -makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar ( dari tempat tinggalnya dengan kehendak sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi  Maha Bijaksana"

Cuba kita renungkan maksud terjemahan ayat Al-Quran diatas, Allah S.W.T menyuruh para suami menyediakan sejumlah dana sekurang-kurangnya perbelanjaan selama setahun jika semasa ketiadaa n kita.

Mari kita renungkan, apabila kita diarahkan oleh majikan untuk keluar 'outstation' selama 3 hari, seminggu, sebulan, berapakah jumpah wang yang kita tinggalkan krpada keluarga untuk perbelanjaan harian mereka????

Dan bagaimanapula, jika keluar "outstation" selama-lamanya???.......dan jika ini berlaku semalam,

Adakah kita meninggalkan simpanan atau bebanan hutang kepada mereka???

Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh email, or msj saya..

Terima Kasih

NUR MUNIRAH BINTI  MOHD SUIB
013-253 8738
RY ASSOCIATES, DAMANSARA INTAN

Monday, 2 June 2014

APA PILIHAN ANDA SEKARANG????



Tak de orang yang nak sakit.... Tapi sakit dan mati itu pasti...kan??? So, andai kata ditakdirkan sakit serius yang memerlukan kos rawatan yang tinggi, apa pilihan korang untuk selesaikan masalah ni??? Okey!! Saya ada bagi 4 pilihan seperti dibawah.. So korang boleh pilih 1 je..










Okey, sekiranya pilihan yang 1,2 atau ke 3 tu menjadi pilihan korang, boleh la teruskan niat korang tu ye.. Tapi bagi memilih pilihan yang ke4, iaitu pilihan yang bawah sekali, saya sebagai Takaful Consultant menawarkan diri untuk berkongsi dengan anda tentang bagaimana nak dapatkan pilihan yang ke-4 tu.. 

Jom contact Muni laju2..hihi :)





NUR MUNIRAH BINTI MOHD SUIB
PRUBSN TAKAFUL CONSULTANT
013-253 8738
AL-ISRAA ASSOCIATES SDN BHD

PILIHAN DITANGAN ANDA...

Deposit untuk private hospital da RM1,000 - 3,000 per entry....
Tapi kalau ada Medical Card RM200-500 jer depend on hospital..
Kalau warded guna Medical Card deposit dipulangkan bila discharged dan dapat pulak elaun warded takaful bagi.. 
Tapi kalau bayar sendiri, deposit akan cover bil hospital kan...? Cash out pulak kos rawatan ribu riban..

Jom apply Medical Card dari PruBSN Takaful sekarang!!! Saya sebagai konsultan PruBSN Takaful..

Jadikan pengajaran gambar2 dibawah.....








Nak ke kita jadi seperti keratan akhbar diatas?? Ambil iktibar atas apa yang orang lain telah lalui.. Yang saya tunjukkan ni baru sikit.. Hakikatnya banyak lagi.. Jadi, tolong jangan tangguh2 lagi..









Jadi ape tunggu lagi... Jom menyimpan dengan takaful sekarang...

Hadith Riwayat Al- Bukhari

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"




NUR MUNIRAH BINTI MOHD SUIB
TAKAFUL CONSULTANT
013-253 8738
AL ISRAA ASSOCIATES SDN BHD 

Friday, 25 April 2014

KULIAH DHUHA OLEH USTAZ ZULKARNAIN : Bahagian 2

Assalamualaikum muslimin dan muslimat..

Ni sebenarnya sambungan dari post muni yg sebelum ni.huhu... Post sebelum ni macam da panjang sangat. Sebab tu muni wat bahagian 2 ni.hihi... Erm..untuk bahagian 2 ni pendek je... Tak panjang macam sebelum ni.. Harap2 post2 muni sebelum2 ni sedikit sebanyak dapat manfaat..

Ok..berbalik pada kuliah dhuha ni, beliau ada berkongsk sesuatu iaitu dalam diri perlu ada 4 perkara iaitu :-

1) Muroqobah : Sentiasa merasa diri diawasi oleh Allah
2) Muhasabah : Menghitung diri dengan amal yang telah dilakukan
3) Mujahadah : Bersungguh-sungguh menjaga syariat
4) Muaqobah : Menghukum diri dengan melakukan amalan2 sunat.

Selain itu, ustaz juga ada menyatakan bahasa wanita/isteri ada 4 maqam :

1) Isteri As Siddiqin : Merupakan seorang isteri yang tidak minta apa2 dari suami walaupun perlu. Hanya ada pada Saidatina Khadijah.
2) Isteri Muqorrobin : Merupakan seorang isteri yang tidak minta apa2 kecuali yang perlu sahaja contohnya makan n minum. Kata utz, isteri seperti ini sangat susah nak cari diakhir zaman ni.
3) Isteri Solihin : Merupakan seorang isteri yang meminta yang perlu sahaja pada suami tetapi sesekali ada juga minta sesuatu yang tak perlu.
4) Isteri Fasiqin : Merupakan seorang isteri yang bukan sekadar meminta yang perlu. Yang tak perlu juga diminta. Kalau tak bagi akan marah dan suka mengungkit.

Erm...muni rasa perkongsian muni setakat ni jela ye. Jom sama2 kita hadir ke kuliah dhuha muslimat.

Lokasi : Surau Annur Seksyen 2, Bandar Baru Bangi
Hari : Setiap hari AHAD
Waktu : 9.30 -11.30 pagi

Semoga Allah merahmati kita semua. Amin


Best Regards,

Nur Munirah
Financial & Takaful Advisor
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com
Al Israa' Damansara Intan.

Wednesday, 23 April 2014

KULIAH DHUHA OLEH USTAZ ZULKARNAIN : Bahagian 1

Assalamualaikum semua..

Ok, kali ni muni bukan nak cite pasal takaful.. kali ni kita lari dari topik ckit.. kali ni muni nak share ape yg muni dapat masa gi kuliah dhuha utk muslimat di Surau Annur setiap hari Ahad 9.30-11.30pagi.. Sesiapa yg berkelapangan dialu2kan ye... Kalo xtau call muni tanya direction..

Hari Ahad baru ni, 20 April 2014, Utz Zulkarnain yg sampaikan kuliah.. mula2 rase macam xleh go on da sbb malam semalam tu muni tido lambat giler.. Tp utz ni mmg THORRbaik...hehe. Kelakor..tak ngantuk langsung...

Ok..15minit pertama tu kitorg just zikir sama2 dgn utz.. Then ada bg 1 doa utk diamalkan..doa ni kte boleh baca kalau ternampak or terbaca ssuatu bala.. contohnya bukak paper, nampak berite ada org kne bunuh ke, bunuh dri ke, pape la.. Doanya cani.......:-

"alhamdu lillahi lazhi a'afani mimmab talaka bihi wa fadholani a'alaa katheerim mimman kholaqo tafdheela"

Bila kita nampak je ape pun bala yang berlaku, baca doa tu supaya elakkan diri kita ditimpa bala seperti yg kita lihat...

Then Utz Zulkarnain ada cerita pasal Saqifah Bani Sai'dah. Saqifah Bani Sai'dah ni merupakan satu tempat di Madinah dimana disitu lah bermulanya perpecahan umat yg berpunca dari Abdullah bin Saba dari Yaman. Disitu lah bermulanya Syiah.

Menurut Utz Zulkarnain lagi, Syiah ni ada 3 jenis iaitu Syiah Ghulat, Syiah Ar Rafidhah dan Syiah Mu'tazilah.

Cara untuk kenal dan bezakan syiah ni pula, tengok pada peganganny.. Contohnya Syiah Ghulat ni mengagungkan Saidina Ali. Manakala Syiah Ar Rafidhah pula banyak mencela para sahabat. Dan yang terakhir pula SYiah Mu'tazilah pula hanya mengkehadapankan ahlul bait sebelah Fatimah sahaja. Sbg contoh, cucu Nabi Muhammad bukanlah Hassan dan Hussin sahaja. Dimana cucu sulung baginda adalah Abu Ali Al-Ash dan cucu kedua pula adalah Saidina Abdullah bin Uthman.

Kemudian beliau juga ada menjelaskan terdapat 7 waktu yang mustajab berdoa iaitu pada :-

1) Malam Arafah di Padang Arafah
2) Malam Lailatul Qadar
3) Malam Jumaat
4) Nisfu Syaaban
5) Malam Asyura
6) Maulidnabi
7) Malam 2hari raya

Ada lagi yang Utz Zulkarnain sampaikan.. nanti kita sambung dalam post yg seterusnya ye.. ;)

Semoga hidup kita semua diberkati oleh Allah dan mendapat rahmat dariNya.. InsyaAllah.. Amin..

Nur Munirah
nurmunirah997@prupartner.com.my
013- 253 8738
munirahsuib@gmail.com
AL ISRAA ASSOCIATES SDN BERHAD,
DAMANSARA INTAN

Tuesday, 22 April 2014

PELAN PERUBATAN : TAKAFUL HEALTH 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera smue..

Kali ni muni nak cerite ckit detail pasal pelan perubatan Takaful Health 2. Tapi, untuk dapatkan penjelasan yang lebih detail, boleh call muni di 013- 253 8738.

Antara kelebihan Manfaat Takaful Health 2 adalah seperti berikut :,

1) Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 80 tahun yang tinggi

2) Bebas untuk pilih hospital dan doktor untuk merawat korang.

3) Perlindungan 24 jam diseluruh dunia

4) Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Swap je..macam kredit kad gituu..hehe.

5) Korang xyah bayar bil rawatan dlu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital.

6) Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital

7) Penjagaan jururawat di rumah. Haaa..amek kaww..best ad org jage kt umah..hihi

8) Pembedahan balik hari (Day Surgery)

9) Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan

10) Rawatan Dialisis buah pinggang

11) Rawatan Kanser

12) Jaminan pembaharuan sehingga umur 100 tahun

13) Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)

14) Faedah NCB : No Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.

Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan...boleh terus claim ikut had seumur hidup. Jadi, kalau ada claim yang besar2....tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad

Dan banyak lagii.....hubungi saya sekarang...

Jadual Manfaat Takaful Health 2 adalah seperti di bawah.

Untuk pengetahuan semua pembaca. Takaful Health 2 terdapat penambahbaikkan dari segi pilihan jenis plan. Iaitu, terdapat 2 pakej sama ada anda nak medical card yang ada ko-takaful atau deducttible.

1. Ko-Takaful

Ia adalah perkongsian tanggungan kos perubatan antara company dah client. Iaitu 10% akan ditanggung oleh client dan 90% akan ditanggung oleh PruBSN Takaful. Namun begitu, ada syarat tambahan untuk tidak membebankan client. Iaitu, min ko takaful tersebut adalah RM 300 dan Maximum adalah RM 1,000.

Sebagai Contoh :

A. Bil Rawatan : RM 2,000 (10% = RM 200)
PruBSN Takaful : RM 1,700
Pemegang Sijil : RM 300*sebab min ko-takaful adalah RM 300.

B. Bil Rawatan : RM 3,000 (10% = RM 300)
PruBSN Takaful : RM 2,700
Pemegang Sijil : RM 300* sebab, ko takaful adalah 10% dan min 300 

C. Bil Rawatan : RM 5,000 (10% = RM 500)
PruBSN Takaful : RM 4,500
Pemegang Sijil : RM 500*sebab, ko takaful adalah 10% min 300 dan max 1000. So, RM 500 adalah antara 300 dan 1000. So, client kena bayar RM 500

D. Bil Rawatan : RM 50,000 (10% = RM 5,000)
PruBSN Takaful : RM 49,000
Pemegang Sijil : RM 1,000*sebab maximum ko-takaful adalah RM 1,000

2. Deductible

Untuk deductible, client diberi 2 pilihan sama ada untuk memilih deductible option RM 3000 atau RM 10,000. Apa maksudnya tu?

..maksudnya, kalau untuk yang RM 3,000. Bill RM 3,000 pertama akan ditanggung oleh client, manakala selebihnya baru boleh claim kat PruBSN Takaful. Begitu juga kalau deductible options RM 10,000. So, bill atas RM 10,000, baru boleh claim.

Sebagai contoh.

A.  Bil Rawatan : RM 2,000 (Deductible RM 3,000)
PruBSN Takaful : RM 0
Pemegang Sijil : RM 2,000*sebab bill dibawah RM 3,000

B. Bil Rawatan : RM 30,000 (Deductible RM 3,000)
PruBSN Takaful : RM 27,000
Pemegang Sijil : RM 3,000* Sebab bill lebih dari RM 3,000, baru boleh claim kat PruBSN Takaful.

Ada berita baik untuk anda...PruBSN Takaful ada melancarkan plan medical card Deductible iaitu ZERO DEDUCTIBLE....

Maksudnya, PruBSN Takaful akan membayar kesemua bill rawatan anda dan tiada ko-takaful. Tapi ada beberapa syarat mudah perlu dipenuhi.

1. Kena amik plan TH2 200 dan ke atas.
2. Setakat ni hanya untuk plan dewasa sahaja. Untuk anak2 kena ambil plan Health Enrich.
3. Elaun hospital maximum RM200 sehari.

So, dengan kata lain, plan Zero Deductible in cover 100% bill anda.

Ingin maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 013 253 8738 (Muni)

Selain daripada manfaat yang dilindungi, anda juga perlu tahu mengenai perkara-perkara yang tidak dilindungi atau tidak dicover atau lebih mudah dikenali sebagai PENGECUALIAN.

Haa...yang pengecualian ni nanti muni cerite pasni ye.

Best Regards,

Nur Munirah binti Mohd Suib

Al Isra' Associates Sdn Bhd
Damansara Intan

No. HP : 013 - 253 8738

munirahsuib@gmail.com

nurmunirah997@prupartner.com.my

~Always Listening, Always Understanding~

AYAT YANG SUPER DUPER MAGIC

Hari ni muni nak kongsi tentang ayat super duper magik....

"saya memang ada niat nak ambil takaful ni, tapi...".

Spanjang pengalaman muni bersama PruBSN Takaful, selalu muni dengar ayat magik di atas. Kadang-kadang muni rasa simpati pun ada, sebab semue tu pilihan kte sendri. Kite kne manage financial kita.

Muni pernah jumpa sorg pakcik ni bawak teksi tanggung anak 4org semue sekolah lg. Tapi die boleh manage financial die utk mnyimpan dgn takaful ni. TAK PERNAH miss langsung tiap2 bulan. Muni tny pakcik tu cane pakcik manage? pakcik tu ckp dr kcik die hdup susah.. so die tak nak anak bini die pn hidup susah kalo die xde nnt. Tabik spring la pakcik!!

Pembaca semua, ambil takaful ni bukan mahal sangat.. Tak semahal bayar kereta tujuh lapan ratus sebulan. Tak setanding harga sepasang baju dan seluar Baby Gap. Menyediakan payung sebelum hujan dengan takaful ni boleh bermula dengan RM100 sebulan  pun. Tak perlu bayar lima enam ratus sebulan pun. Tapi kenapa ramai masih menggunakan ayat magik ya?

Agak-agaknya kalau tiba-tiba kena operation RM50,000 kat Institut Jantung Negara, boleh tak bila staff bahagian admission tanya "Encik nak bayar bil nanti pakai cash ke, atau nak pakai insurans / takaful?", lepas tu kita jawab

"Saya tak ada cash banyak tu. Tu la, saya memang ada niat nak ambil takaful ni, tapi...". Agak-agak boleh tak bayar bil dengan jawab macam tu ek? Kalau boleh, minta tolong ajarkan saya bagaimana. Kalau tak boleh, kenapa masih nak gunakan ayat magik tu? ;)

Sape2 nak tau pasal protection+medical+saving boleh contact muni ye. ;)

Thank you,
May Allah bless us...

Best Regards,

Nur Munirah binti Mohd Suib

Al Isra' Associates Sdn Bhd
Damansara Intan

No. HP : 013 - 253 8738

munirahsuib@gmail.com

nurmunirah997@prupartner.com.my

~Always Listening, Always Understanding~

KISAH PISANG..AMBIL IKTIBAR..

Salam. Aku ada sebuah cerita yang simple tapi rasa nya dapat memberi pengajaran yang banyak dan sesuai kepada semua orang tak kira tua atau muda atau kanak-kanak. Cerita ni sebenarnya copy paste je sebab tengok banyak pengajaran yang boleh ambil dari cerita ni...

Pisang bukan sahaja boleh dimakan kerana enak tapi kalau korang faham cerita ini, mungkin korang akan faham apa yang perlu di buat selepas ini.

Hayati kisah ini:

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk .

Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis

Sunday, 13 April 2014

SILA AMBIL IKTIBAR : KISAH 2

"Tak apa, nanti-nantilah. Sekarang duit tak berapa cukup lah." En.Azri(bukan nama sebenar), 32tahun, memberikan alasan ini sewaktu ditemui oleh konsultan takaful pada suatu hari. Kalau dilihat kepada gaya hidup beliau, seakan tidak percaya beliau tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk nengambil perlindungan takaful.

Setahun selepas itu, beliau telah ditimpa kemalangan jalan raya sehingga kehilangan sebelah kaki dan penglihatannya menjadi kabur. Akibatnya, beliau diberhentikan kerja kerana kehilangan upaya. Gaya hidup beliau dan keluarga berubah sekelip mata akibat kejadian itu.

Dan kini bebanan dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga terpaksa digalas oleh isteri tercinta. Beliau bernasib baik kerana isteri beliau sanggup memikul amanah.

Namun, jauh dilubuk hati En.Nizam, beliau amat menyesal kerana tidka menyertai pelan takaful setahun yang lalu. Sekurang-kurangnya manfaat perlindungan takaful akan dapat membantu keluarga beliau menghadapi situasi yang sukar lagi mencabar ini.

Kesimpulan dan pengajaran dari cerita ini, jangan lah menagguh2kan keputusan untuk menyertai pelan takaful kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan takaful dan perubatan, boleh hubungi saya. Terima kasih.

Assalamualaikum.

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

SILA AMBIL IKTIBAR : KISAH 1


"Saya tidak perlukan takaful...". Kisah ini terjadi sewaktu. En.Ali (bukan nama sebenar), 47tahun dihampiri oleh konsultan takaful untuk menawarkan  pelan takaful bantuan perubatan.

Apa yang terjadi 5 bulan selepas itu, beliau dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan pintasan jantung. Dan beliau membayar sendiri segala perbelanjaan berkaitan yang agak tinggi.

Beliau kini menyesal kerana tidak menerima nasihat oleh wakil takaful beberapa bulan lalu. Sekiranya mereka mengambil pelan takaful yang ditawarkan dulu, sudah tentu kos yang perlu ditanggungnya tidaklah sebesar yang perlu dijelaskan kepada pihak hospital.

Kini, duit simpanan beliau telah berkurang dengan begitu banyak sekali dan tentunya menjejaskan perancangan kewangan beliau untuk menghadapi persaraan dengan bebas, bahagia dan tenang.

Sekian..

Untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan hayat dan perubatan boleh berhubung dengan saya

NUR MUNIRAH MOHD SUIB
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuibgmail.com

Tuesday, 8 April 2014

Takaful vs ASB.. Renungkan dan selamat beramal..

Assalamualaikum n salam sejahtera korang. Lama x update kan. Sowie la sgt2 ye.

Tp pagi ni, tengah2 wat keje terbaca terbaca artikel 1 ni . Cite pasal ASB vs takaful. Nak tau ape yg menarik dalam cerita tu?? Kalau nak tau boleh KLIK disini .

Renung2kan dan selamat beramal.. :)

Assalamualaikum

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com