Assalamualaikum semua..
Ok, kali ni muni bukan nak cite pasal takaful.. kali ni kita lari dari topik ckit.. kali ni muni nak share ape yg muni dapat masa gi kuliah dhuha utk muslimat di Surau Annur setiap hari Ahad 9.30-11.30pagi.. Sesiapa yg berkelapangan dialu2kan ye... Kalo xtau call muni tanya direction..
Hari Ahad baru ni, 20 April 2014, Utz Zulkarnain yg sampaikan kuliah.. mula2 rase macam xleh go on da sbb malam semalam tu muni tido lambat giler.. Tp utz ni mmg THORRbaik...hehe. Kelakor..tak ngantuk langsung...
Ok..15minit pertama tu kitorg just zikir sama2 dgn utz.. Then ada bg 1 doa utk diamalkan..doa ni kte boleh baca kalau ternampak or terbaca ssuatu bala.. contohnya bukak paper, nampak berite ada org kne bunuh ke, bunuh dri ke, pape la.. Doanya cani.......:-
"alhamdu lillahi lazhi a'afani mimmab talaka bihi wa fadholani a'alaa katheerim mimman kholaqo tafdheela"
Bila kita nampak je ape pun bala yang berlaku, baca doa tu supaya elakkan diri kita ditimpa bala seperti yg kita lihat...
Then Utz Zulkarnain ada cerita pasal Saqifah Bani Sai'dah. Saqifah Bani Sai'dah ni merupakan satu tempat di Madinah dimana disitu lah bermulanya perpecahan umat yg berpunca dari Abdullah bin Saba dari Yaman. Disitu lah bermulanya Syiah.
Menurut Utz Zulkarnain lagi, Syiah ni ada 3 jenis iaitu Syiah Ghulat, Syiah Ar Rafidhah dan Syiah Mu'tazilah.
Cara untuk kenal dan bezakan syiah ni pula, tengok pada peganganny.. Contohnya Syiah Ghulat ni mengagungkan Saidina Ali. Manakala Syiah Ar Rafidhah pula banyak mencela para sahabat. Dan yang terakhir pula SYiah Mu'tazilah pula hanya mengkehadapankan ahlul bait sebelah Fatimah sahaja. Sbg contoh, cucu Nabi Muhammad bukanlah Hassan dan Hussin sahaja. Dimana cucu sulung baginda adalah Abu Ali Al-Ash dan cucu kedua pula adalah Saidina Abdullah bin Uthman.
Kemudian beliau juga ada menjelaskan terdapat 7 waktu yang mustajab berdoa iaitu pada :-
1) Malam Arafah di Padang Arafah
2) Malam Lailatul Qadar
3) Malam Jumaat
4) Nisfu Syaaban
5) Malam Asyura
6) Maulidnabi
7) Malam 2hari raya
Ada lagi yang Utz Zulkarnain sampaikan.. nanti kita sambung dalam post yg seterusnya ye.. ;)
Semoga hidup kita semua diberkati oleh Allah dan mendapat rahmat dariNya.. InsyaAllah.. Amin..
Nur Munirah
nurmunirah997@prupartner.com.my
013- 253 8738
munirahsuib@gmail.com
AL ISRAA ASSOCIATES SDN BERHAD,
DAMANSARA INTAN
No comments:
Post a Comment