copy paste...
SOALAN CEPUMAS
Dalam banyak-banyak MAKSIAT dan DOSA yg ada di dalam Islam, maksiat dan dosa apakah yg;
+ dijalankan di Malaysia secara sah,
+ diinstitusikan,
+ tidak boleh dibawa ke mahkamah,
+ dikomersialkan,
+ diiklankan di televisyen, radio,
+ terpampang di billboard, akhbar
+ diniagakan,
+ ramai ejen mempromosikannya,
+ banyak cawangannya, dan
+ dilakukan tanpa rasa bersalah dan berdosa…?
… walhal ia adalah;
+ sebesar-besar dosa di dalam Al-Quran,
+ salah satu dari 70 dosa besar,
+ sama dengan berperang dengan Allah,
+ seolah-olah berzina dengan ibu bapa sendiri,
+ lebih teruk daripada berzina 36 kali,
+ hilang keberkatan hidup,
JAWAPANnya ialah dosa RIBA.
Sebab apa?
+ Iklan bank dan insurans RIBA merata-merata,
+ Bank dan insurans RIBA mendapat lesen dari kerajaan untuk dijalankan secara sah,
+ Promoter-promoter bank dan insurans RIBA berbangga, mempromosi produk RIBA mereka,
+ Iklan-iklan insurans dan bank RIBA terpampang di kaca-kaca TV, disiarkan di radio dan akhbar,
+ Ejen-ejen syarikat insurans RIBA seronok mempromosikan kerjaya mereka mempromosikan produk RIBA,
+ Pekerja-pekerja institusi RIBA memberi makan anak isteri tanpa rasa berdosa,
+ Pejabat-pejabat cawangan bank dan insurans RIBA terdapat merata-merata di sekitar kita.
+ Tidak ada mahkamah yang boleh menjatuhkan hukumam atas dosa RIBA, termasuk mahkamah syariah.
Cuba BANDINGKAN dengan dosa dan maksiat lain, seperti RASUAH, MENCURI, MEROMPAK, ZINA, ROGOL, BUNUH dan sebagainya;
+ Tidak ada pelaku maksiat ini yang mengiklankan secara terbuka maksiat mereka sebagaimana pelaku maksiat dosa RIBA,
+ Kegiatan maksiat dan dosa mereka dijalankan secara tertutup tanpa mahu diketahui oleh orang awam,
+ Tidak ada iklan TV mempromosikan orang ramai menjalankan rasuah, mencuri, berzina, merogol dsb sebagaimana iklan mengajak orang ramai melanggan produk RIBA.
+ Pernah lihat iklan pelacur mempromosikan kerjaya sebagai pelacur, sebagaimana iklan ejen insurans RIBA mempromosi kerjaya sebagai ejen insurans RIBA? Tentu tidak.
+ Pencuri, perompak dan peragut menjalan kegiatan dosa maksiat mereka secara tersembunyi, menutup muka, kerana bimbang orang lain tahu, tapi tidak bagi promoter-promoter dan ejen-ejen produk RIBA.
Sebab itu di dalam Islam, dosa RIBA balasannya adalah sama dengan dosa SYIRIK, iaitu KEKAL DI DALAM NERAKA SELAMA-LAMANYA, sekalipun orang itu solat, puasa, berzikir, qiyamullail dsb.
Naudzubillah-minzaalik, semoga ALLAH menjauhkan kita semua dari dosa RIBA.
Renung-renungkan dan selamat beramal..
No comments:
Post a Comment