Friday, 1 April 2016

Bertabah lah sekiranya disakiti....

Ada seekor ular temasuk di stor barang. Ketika merayap2 perutnya bergesel dengan gergaji besi yang menyebabkan badannya terluka.
Ia menyangka gergaji itu menyerangnya lalu ia menyerang kembali & mematuk2 gergaji itu.
Mulutnya hancur berdarah!
Merasa tidak puas, ia membelit gergaji itu dengan sepenuh tenaga. Perutnya hancur binasa.
Tidak lama kemudian, ia pun mati..
Tentunya kita pernah merasa disakiti atau dikhianati. Tanpa berfikir panjang & dengan marah yang meluap2, kita bertindak balas kononnya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Kita serang di khalayak ramai, kita hentam dalam facebook cthny!
Menangkah kita? Rasanya tidak.
Panas baran, emosional & terburu2 bukan cara baik untuk selesaikan masalah.
Dari sudut pandangan anda, mungkin anda puas..
hakikatnya..
Dari pandangan masyarakat, anda kalah! Benar2 kalah! Belajarlah bersabar, anda pasti tidak rugi..
Dan juga sentiasalah tersenyum..... :)

No comments:

Post a Comment