“Barang siapa bertakwa kepada Allah maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak ia sangka, dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan kehendak-Nya, Dia telah menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya” (Q.S. Ath-Thalaq: 2-3)
Sunday, 10 April 2016
Moh ler beli Dadihhhhhh
Berniaga dan Rezeki
Hai semua.. sihat?? Harap2 sihat la ye...
Pernah dengar hadis yang mengatakan 9/10 pintu rezeki datangnya daripada berniaga?? Kalau saya tanya rata-rata jawab pernah dengar.. yela, famous kot hadis ni.. kan??
Tapi memang ada betul nya disitu.. kalau kita tengok balik, semua perkerjaan yang kita lakukan adalah suatu bentuk perniagaan.. Tapi bila dilihat balik, kenapa masih ramai yang memilih untuk makan gaji, berbanding berniaga? Mungkin terlalu selesa dengan gaji yang diperolehi setiap bulan.
Disini saya nak berkongsi satu cerita antara sekumpulan semut dan seekor keldai.. Mari sama2 kita ambil iktibar daripada kisah tersebut..
Thursday, 7 April 2016
Pengorbanan Seorang Isteri.. Hargai lah insan yang bergelar ISTERI..
Bila pukul 2 lebih je, mesti isteri wassap saya, tanya dh lunch ke belum. Dan jawapan saya biasanya sama "tak makan. Abang sarapan je". So daripada jawapan saya tu dia tahu dia kena masak.
Pukul 7.00 malam saya sampai rumah. Tapi yang musykilnya, nasi masih tak berhidang. Lauk masih dalam periuk. Air panas still dalam cerek.
Dulu takdelah macam ni. Tapi sekarang, hmm, entahlah. Nak cakap pun tak kena. Sebab tak nak kecoh, saya senduk nasi sendiri. Ambil lauk sendiri dan taruk sayur sendiri.
Bila dah lama sangat macam tu, sekali tu saya tegur dia.
"Awak, Abang nak tanya ni.."
"Ye abang. Apadia.."
"Boleh dikatakan setiap hari awak akan tanya Abang dah makan tengahari ke belum. Tapi bila Abang sampai rumah, awak tak hidangkan pun untuk Abang. Abang dah lah balik penat bekerja. Sepatutnya tolonglah sendukkan nasi. Buatkanlah air siap-siap.."
Dia hanya tunduk. Dan lepas tu dia minta maaf sebab tak dapat nak buat tu semua untuk saya selama ni. Esok dia janji takkan buat lagi.
Malam tu, dia tidur awal. Penat katanya. Saya yang masih tak ngantuk, tengok-tengok mesej dalam aplikasi whatsapp. Dan masa tu, tiba-tiba tergerak hati nak tengok balik chat antara saya dan isteri.
Lama saya meneliti. Lepas satu satu saya scroll mesej-mesej lama saya dengan dia. Dan mungkin Allah nak sedarkan saya bahawa saya telah silap dalam 'menghukum' Isteri, Allah temukan balik mesej isteri saya sebelum pukul 2, jam yang biasanya dia tanya saya dah makan belum.
"Abang.. Anak-anak melasak. Sorang pun taknak tdo ni ha. Kalau sempat nanti, saya masak untuk abang ye.."
"Abang.. Lengan kanan saya sakit sangat la. Nak angkat pun tak larat. Dari semalam lagi macam ni. Salah tdo kot"
"Abang.. Kepala saya berdenyut. Mungkin sebab x cukup tidur"
"Abang.. Adik gigit kakak. Kakak pulak tarik rambut adik. 22 ni asyik bergaduh je"
"Abang.. Lepas basuh dan jemur baju nanti, sy masakkan untuk abang neh"
"Abang.. Kalau abang senang, petang ni minta abang belikan susu ideal. Nak buat kuah bread puding"
"Abang.. Pukul 3 insyaAllah sy masakkan kari Abang. Skrang tgah melayan anak-anak mewarna"
😢
Allahurabbi. Kenapa saya begitu buta selama ni. Bukankah sebelum tu dia dh maklumkn pada saya yang dia sibuk menguruskan rumah dan anak-anak. Tapi dalam sesibuk dia tu pun, dia masih boleh menyiapkan makanan untuk saya.
"ya Allah.. Maafkan lah saya dan rahmatilah dia.."
Dalam hangat air mata tu, saya kiss dahi dia dan send kan dia sebuah mesej..
"Terima kasih sayang. Maafkan Abang"
**sebenarnya, tanggungjawab kita yang kena siapkan semua tu. Isteri cuma layan kita je. Tapi bila dia dah buat jangan banyak komplen. Ucapkanlah terima kasih dulu. Dan kalau nak tegur pun, tegur la elok-elok. Peringatan untuk diri sendiri.
karyawan bisu
RENUNGAN BERSAMA..
1. Kehidupan manusia bermula dari
- Alam rahim
- Alam fana
- Alam barzakh
- Alam mahsyar
- Alam syurga @ neraka
2. Ketika air mani dipancarkan ke dalam rahim, 40 juta sperma berenang masuk & hanya satu sahaja yang diizinkan Allah bercantum dengan ovum untuk membentuk nuftah & hidup di alam rahim sehingga 9 bulan.
3. Ketika di dalam kandungan (4 bulan) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- Rezeki
- Ajal (bila, di mana, bgm)
- Amalan & kehidupan ( kahwin dgn siapa, brp org anak, adik beradik)
- Ahli syurga@ neraka.
4. Walaupun tlh ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.
5.Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- Qada mubram iaitu qada yg boleh berubah melalui doa
- Qada muallaq iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sblm kematian
6. Kita hidup di alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa & terpaksa.
7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia).. alam kanak2..alam remaja (12 - 21 thn)..alam dewasa (22- 40 thn)..alam tua ( lbh 40 thn). Lebih 70 thn disebut tua bangka..
8.Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara berpakaian kadang2 celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan..satu alam yg terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.
9. Hadis nabi ada menyebut setiap manusia Allah berikan ujian sbyk 99 ujian kematian bermula dr bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yg ke 100 maka kamu akan mati..
10. Siapa2 yg berusia pd umur 40 thn tetapi dia tdk berubah sikap ke arah yg baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi sehingga menunggu talkin dibacakan..
11.Setiap yg hidup akan merasai mati..roh org beriman adalah spt minyak yg berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki utk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang..ke perut bilamana smpai ke perut akan berdengar beberapa urat putus n bg lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bg org beriman akan mengatakan laailahailallah..tp bg org yg tdk beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan shj..tidak ada apa2 yg berlaku..
12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yg roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia..
13. Tanda2 jenazah itu ahli neraka:
-mulut berbuih
-wajah masam
-najis keluar terlalu byk ketika sakarul maut.
14.Tanda2 jenazah itu ahli syurga:
-dahinya berpeluh
-hidung kembang kempis dan air matanya mengalir
- wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-najis keluar sedikit shj
15. Sakitnya perempuan yg bersalin itu adalah 1 juzuk drpd 99 juzuk kesakitan kematian..
16. Kalau boleh yg memandikan jenazah kita adalah anak2 kita..yg mengkafankan kita adalah anak2 kita...anak kita jd imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita..
17. Ustaz berkongsi doa yg dibacakan oleh anak2 kpd ayahnya yg telah meninggal dunia.( sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)
"Ya Allah ..waktu mana kami kecil2..ayah kami mandikan kami dgn penuh kasih sayang dgn penuh kelembutan...jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya ya Allah..waktu mana kami kecil ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami ya Allah..tp kami lempar ke mukanya ya Allah..jadi hari ini kami kafankan ayah kami dgn penuh kelembutan..Kau ampunkan dosanya..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dul u..kami lari tak nak solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami ........."
18. Quran yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti..
19. Nabi kata aku tidak pernah tgk keadaan yg sgt huru hara spt pdg mahsyar ini..siapa yg selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di pdg mahsyar nanti..
KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedrkah....." -(surah al mu'minun:10)
Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku
dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?
Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.
"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sbnrnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.
Adakah anda pernah membaca tntang faedah bersedekah?
1) Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga
2) Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan
3) Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4) Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5) Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
6) Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.
7) Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
8) Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)
9) Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
10) Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya
11) Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)
12) Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar
13) Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
14) Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
16) Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
17) Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
18) Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
19) Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
20) Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.