Tuesday, 19 August 2014

SOALAN CEPUMAS

copy paste...

SOALAN CEPUMAS

Dalam banyak-banyak MAKSIAT dan DOSA yg ada di dalam Islam, maksiat dan dosa apakah yg;

+ dijalankan di Malaysia secara sah,
+ diinstitusikan,
+ tidak boleh dibawa ke mahkamah,
+ dikomersialkan,
+ diiklankan di televisyen, radio,
+ terpampang di billboard, akhbar
+ diniagakan,
+ ramai ejen mempromosikannya,
+ banyak cawangannya, dan
+ dilakukan tanpa rasa bersalah dan berdosa…?

… walhal ia adalah;

+ sebesar-besar dosa di dalam Al-Quran,
+ salah satu dari 70 dosa besar,
+ sama dengan berperang dengan Allah,
+ seolah-olah berzina dengan ibu bapa sendiri,
+ lebih teruk daripada berzina 36 kali,
+ hilang keberkatan hidup,

JAWAPANnya ialah dosa RIBA.
Sebab apa?

+ Iklan bank dan insurans RIBA merata-merata,
+ Bank dan insurans RIBA mendapat lesen dari kerajaan untuk dijalankan secara sah,
+ Promoter-promoter bank dan insurans RIBA berbangga, mempromosi produk RIBA mereka,
+ Iklan-iklan insurans dan bank RIBA terpampang di kaca-kaca TV, disiarkan di radio dan akhbar,
+ Ejen-ejen syarikat insurans RIBA seronok mempromosikan kerjaya mereka mempromosikan produk RIBA,
+ Pekerja-pekerja institusi RIBA memberi makan anak isteri tanpa rasa berdosa,
+ Pejabat-pejabat cawangan bank dan insurans RIBA terdapat merata-merata di sekitar kita.
+ Tidak ada mahkamah yang boleh menjatuhkan hukumam atas dosa RIBA, termasuk mahkamah syariah.

Cuba BANDINGKAN dengan dosa dan maksiat lain, seperti RASUAH, MENCURI, MEROMPAK, ZINA, ROGOL, BUNUH dan sebagainya;

+ Tidak ada pelaku maksiat ini yang mengiklankan secara terbuka maksiat mereka sebagaimana pelaku maksiat dosa RIBA,
+ Kegiatan maksiat dan dosa mereka dijalankan secara tertutup tanpa mahu diketahui oleh orang awam,
+ Tidak ada iklan TV mempromosikan orang ramai menjalankan rasuah, mencuri, berzina, merogol dsb sebagaimana iklan mengajak orang ramai melanggan produk RIBA.
+ Pernah lihat iklan pelacur mempromosikan kerjaya sebagai pelacur, sebagaimana iklan ejen insurans RIBA mempromosi kerjaya sebagai ejen insurans RIBA? Tentu tidak.
+ Pencuri, perompak dan peragut menjalan kegiatan dosa maksiat mereka secara tersembunyi, menutup muka, kerana bimbang orang lain tahu, tapi tidak bagi promoter-promoter dan ejen-ejen produk RIBA.

Sebab itu di dalam Islam, dosa RIBA balasannya adalah sama dengan dosa SYIRIK, iaitu KEKAL DI DALAM NERAKA SELAMA-LAMANYA, sekalipun orang itu solat, puasa, berzikir, qiyamullail dsb.
Naudzubillah-minzaalik, semoga ALLAH menjauhkan kita semua dari dosa RIBA. 

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Minat KERETA MEWAH?? Jom ikut cara bro ni..

Kepada peminat2 kereta mewah. Ikutilah cara bro nii.

Kisah benar yang berlaku pada 18/8/2014 Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di car wash area pekan Balakong. Berhentikan kereta,matikan enjin n serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta.. Nepal ke , Myanmar ke aku tak pasti.. Terlihat parking sebelah kereta aku chevrolet mustang ( tranformer) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ni dalam harga 400k pada permulaannya..

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca.. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond , memandangkan cuaca agak panas .. Aku duduk dan memandang ke belakang lalu menegur brother yang kebetulan sedang membaca aku agak buku2 bermotivasi tinggi di tangannya .

Aku bertanya" kereta bos ke tu ?" Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum.." Dari mana bos?" Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke? Consultan jawabnya.. Ooo.. "Consultan untuk untuk pinjaman perniagaan dan pernasihat kepada bank2 di Malaysia ."waww"!! Mesti best jawab hati aku..

Saya dah 30 tahun dalam bidang ni.. Katanya. Aku tanya dia.. Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada? Dia tersenyum dan katanya" saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank..apa yang ada, besarkan modal.. Saya bermula dari kecil.. Mula ada 10k, kemudian 20k, 60k, 80k, kemudian kepada 100k,200k, 400k dan 800k, cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan .. Paling seronok jika dapat 1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat 1 juta yang ke-2 terlalu mudah n pantas .. Katanya.

Aku terdiam..

Ramai orang susah datang berjumpa saya..mereka bertanya apa rahsia saya? Katanya..
Saya akan berkata" Allah jadikan dunia ini untuk kita.. Kita di kurniakan akal.. Gunakan sebaik mungkin .. Jujur.. Jangan menipu.. Ramai yang tak yakin janji Allah . Sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan " pasti" akan ditunaikan .

Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya.. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam.. Minta sungguh2.. Pekerja saya bila azan bergema.. Saya arahkan tinggalkan kerja" sekarang". Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu!, Allah panggil kita mengadap dia.. Tapi kadang kala kita cakap " tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi"! Allah tu pencipta alam semesta.. Kita boleh cakap pulak kat dia mcm tu..

Dammm! Tersentap aku..

Katanya lagi.. Ramai yang datang minta kerja.. Soalan pertama saya tanya.. Awak solat tak 5 waktu.. Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun .. Jika tak solat.. Saya takan terima. Ada yang datang.. Nak suruh support buat pinjaman.. 100k, 1 juta, 50 juta @ 500 juta saya boleh tolong.. Bagi kertas kerja pada saya.. Saya selidik dan sain serta recomen pada bank maka bank akan luluskan.. Tapi soalan pertama saya tanya dulu.. Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak.. Awak balik saja.. Katanya..

Ada yang berkata" abg tu bawak " tranfomer" pergi masjid .. Jika saya bawak kancil je..
Katanya.. Kereta tu milik Allah .. Dia bagi pinjam je tu .. Apa salahya saya bawak dia pergi mengadap Allah .. Hati niat kena betul.. Jangan niat nak menunjuk.. Niatkan nak cepat mengadap Allah , nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha.. Kerata tu saya beli hampir 700k import . Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai . Saya bukan tak mahu ferrari @ lamborgini .. Sebab ekzos dia bising .. Kereta chevrolet mustang ni lagi laju dari ferrari @ lamborgini .. Kereta ni 6.2 hose power.. Ferrari n lamborgini baru 4.8 hose power ...10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin.. Niat apa yg kita ada untuk manfaat pada orang lain.. Kereta tu cuma besi.. Yang diisi enjin .. Tuang minyak.. Start n berjalan lah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur...

Satu lagi pesan saya.. Berkawan kita yang perlu pilih.. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama.. Akhirat .. Dunia ni pinjaman.. Carilah pinjaman yang terbaikk disini.. Untuk kekayaan sebenar di sana,sekadar kongsi yang bermanfaat.

ANTARA HADITH DAN AYAT AL-QURAN PERLUNYA TAKAFUL

Hadith Riwayat Ibnu Majah

"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia''

Hadith Riwayat Al-Bukhari

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"

Surah Al Maidah, Ayat 2

"Dan tolong menolonglah kamu pada perkara kebaikan dan jangan lah bekerjasama dalam perkara-perkara dosa yang menimbulkan permusuhan."

Surah Al-Baqarah, Ayat 240

"Dan orang-orang yang (hampir) mati diantara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah (saguhati) -makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar ( dari tempat tinggalnya dengan kehendak sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi  Maha Bijaksana"

Cuba kita renungkan maksud terjemahan ayat Al-Quran diatas, Allah S.W.T menyuruh para suami menyediakan sejumlah dana sekurang-kurangnya perbelanjaan selama setahun jika semasa ketiadaa n kita.

Mari kita renungkan, apabila kita diarahkan oleh majikan untuk keluar 'outstation' selama 3 hari, seminggu, sebulan, berapakah jumpah wang yang kita tinggalkan krpada keluarga untuk perbelanjaan harian mereka????

Dan bagaimanapula, jika keluar "outstation" selama-lamanya???.......dan jika ini berlaku semalam,

Adakah kita meninggalkan simpanan atau bebanan hutang kepada mereka???

Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh email, or msj saya..

Terima Kasih

NUR MUNIRAH BINTI  MOHD SUIB
013-253 8738
RY ASSOCIATES, DAMANSARA INTAN