Assalamualaikum..
InsyaAllah kali ni aku nak share sedikit ilmu yang dapat belajar mase hadiri kuliah dhuha khas untuk wanita. Kuliah dhuha ni mmg setiap hari Ahad ada..start kul 9.30 pagi kt Surau Annur, Bandar Baru Bangi.
Ustaz Mohktar banyak menceritakan tentang dunia dan akhirat. Antara kate2 beliau yg kita boleh ambil iktibar dan pengajaran........ :-
1) Masuk ke kubur tanpa bekalan ibarat berlayar mengharungi lautan tanpa bekalan.
2) "Jangan kamu sibuk dimuka bumi melainkan mengumpul bekalan" Abu Bakar As Siddiq
3) Orang yang mati sangat memerlukan pertolongan dari orang yang hidup. (Doa, sedekah, ziarah kubur)
4) Bertaqwa lah bagi mereka yang mempunyai akal fikiran. Kerana dengan taqwa, maka datanglah segala keseronokan untuk melakukan ibadat
5) Syaitan & iblis datang mengikut keimanan seseorang itu.
6) Siapa yang takut akan Allah, maka Allah akan jadikan makhluk takut akan dia.
7) Sebaik2 manusia adalah orang yang tidak mengenepikan dunia tetapi menggunakan dunia untuk mendapatkan dan mengumpul bekalan akhirat.
8) Kita perlukan harta untuk meninggikan akhirat.
9) Dunia dan Agama ibarat laut dan perahu. Tanpa lautan, perahu tidak boleh bergerak.
10) Terlalu memikirkan dunia salah satu sebab menggelapkan hati.
11) Sekiranya lebih dari 3hari tidak hadir ke majlis ilmu boleh mati hati. Cara nak tau hati dah mati, tak suka dengar ilmu akhirat.
12) Dunia ibarat burung merpati. Makin kita kejar, makin ia lari. Tapi kalau tak kejar, burung merpati akan datang sendiri.
13) Ada 3 golongan dalam dunia ini iaitu :
- CARI DUNIA : Utamakan akhirat, tapi mencari dunia
- CINTA DUNIA : Dahulukan dunia, akhirat kemudian
- GILA DUNIA : Utamakan dunia, tinggalkan akhirat
14) Memikirkan akhirat, mencerahkan hati.
15) 4perkara yang menipu kita adalah :
- DUNIA
- SYAITAN
- MANUSIA
- NAFSU
16) Takziah adalah ucapan yabg boleh menenangkan dan menyabarkan seseorang.. bukannya cakap, "takziah la ye"..
Aku tak reti nak berceramah tp mase kuliah tu, ni je yg mampu aku catit. Buat peringatan aku dan semua.
No comments:
Post a Comment