Monday, 30 September 2013

Da ada.. Tapi, Medical 1st party or 3rd party?

Assalamualaikum....

Hai korang..ape kabo?? Hope sihat sokmo..hehe. tiba2 pulak loghat terengganu..hihi. Semoga Allah memberkati hidup kita semua. Amin..

Aku nak tanya ni..tapi soalan ni korang pikir n jawab la sendiri ye.. hehe.. Korang da ada medical card ke belum?? Kalau da ada, alhamdulillah..jawab soalan ni pulak..hehe.

1) Berapa jumlah yg ditanggung?
2) Had tahunan?
3) Had seumur hidup?
4) Medical card 1st party or 3rd party?
5) Berapa yg ditanggung untuk sakit kritikal?
6) Ditanggung sepenuhnya or ada ko-takaful?
7) Ambil dgn agen full time or part time?
8) Medical yg diambil ni 1st party or 3rd party pnye?

Banyak lagi soalan tp jawab yg ni dlu k? Korang tau tak cane nak kenalpasti smaada medical card tu  1st part or 3rd party?? Haaa...meh cni aku nak ajar..hihi. yela, kalo korang ambil yg 3rd party punye, bahaya.. banyak kes medical card tak laku, tak boleh claim.. sbb medical card ny adalah 3rd party..

Kalau PruBSN TAkaful, medical adalah 1st party punye.. nak tau cane?? Erm, mcm dalam gambar ni la.. kt depan kad perubatan ni ada Prudential BSN Takaful..dan belakang kad pulak ada tulis PruBSN medi assist.. means medical card ni mmg bawah pruBSN..takde melibatkan syarikat lain.. Contohnye mcm dalam gambar kt bawah ni la..

So jangan risau, kalau korang ambil medical plan dgn PruBSN Takaful, insyaAllah tak de masalah... :-)

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuin@gmail.com

Sunday, 29 September 2013

Baca betul2 ye..

Assalamualaikum....

       Korang ape khabar?? Harap2 sihat la ye.. Erm..da lame aku x update blog ni..

Erm, ni aku nak share ckit pasal halal haram insurans ni.. Yela, ramai yg sedar psl ni tp ramai jgk yg tak tau.. So ni sbg peringatan untuk diri aku sendiri jgk la..

       Sebagai org Islam, HARAM ambil insurans yg konvensional... xkisah la sameada life or general.. so kepada agen yg beragama Islam khususnya, jgn la suggest n jual yg konvensional kpd client korang.. kalau x, korang pun akan dapat 'saham' skali kt akhirat nnt..kalau boleh, biarlah ape yg kita makan n ape yg kita bg anak, bini n keluarga makan tu drpd hasil yg halal dan berkat.. peringatan buat diri sendiri jgk..

       Untuk pengetahuan korang jgk, riba ni sebenarnya antara dosa2 besar.. so kalau boleh, elakkan lah drpd terlibat dengan riba ni.. Renung2kan dan selamat beramal..

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
munirahsuib@gmail.com
nurmunirah997@prupartner.com.my

Sunday, 22 September 2013

Percutian di Terengganu

Assalamualaikum.

       Hai semua... Erm, da lame rasenye aku tak update pape dalam blog ni kan? Korang ape khabar? Hopefully sihat walafiat la ye. Aku alhamdulillah sihat.. :-)

       Mase cuti hari Malaysia baru ni, aku melawat femly kakak aku kt Terengganu. Kononnya bercuti di Terengganu la kan.huhu. Aktiviti kt sane tak la banyak mana memandangkan aku tiba2 tak sihat bila smpai sane.. So banyak masa aku habiskan melayan anak2 buah aku jela. Tu pun da cukup bahagia n seronok aku rse.

       Tapi Sabtu malam Ahad tu kitorg ada la gi makan steamboat kat  D'GanuCafe . Kat D'GanuCafe ni, mak aih, punya la ramai manusia yang datang. Smua macam aku agaknya. Teruje nak makan sini menandangkan memang ramai yg suggest makan kt sini. Restoran kt sebelahnya tu tak la ramai mana. Semua macam tertumpu pada D'GanuCafe . Murah pun murah. Yela, untuk set 4 orang, RM25 je. Kalau nak dibandingkan dengan KL, memang murahkan? Rasa pun sedap. Cume service kt situ slow sikit la. Tapi kalau korang g Terengganu bole la singgah D'GanuCafe .

       Lagi 1, aktiviti wajib bila balik ke Terengganu, makan petang kt tepi pantai. Macam2 ada. Udang celup tepung, sotong, ikan, keropok, air kelapa, macam2 la. Biasanya aku gi makan dan jalan2 kat Pantai Teluk Ketapang ni. Memang best.

       Banyak lagi yang aku nak share. Tapi nanti dulu la ye. Take care korang. Assalamualaikum.

P/s : Erm, kalau korang ada kemusykilan or nak tanya pape pasal medical card, perlindungan n saving, leh tnya aku ye. :-)

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
nurmunirah996@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

Tuesday, 17 September 2013

Macammana PruBSN Takaful berfungsi??

Assalamualaikum u all's..

       Hehehe..pekabo?? Arini arini Rabu, esok Khamis, luse Jumaat, tulat da cuti da..huhu. So, jangan 'lemau' k?? Jom!!! Wat keje dengan semangat!! Yang penting, Allah jangan lupe.. Berdoa la selalu semoga Allah memberkati hidup kita semue. Amin ya Robbal 'Alamin.

       Erm, aritu aku ada attach kan gambar supaya senang korang paham yg takaful ni mmg penting sebenarnya. Tapi, arini aku nak attachkan video ni supaya korang boleh betul3 faham.. 

       Video ni dalam bahasa Inggeris.. tapi rasenye kalau tak faham English pn, tengok gambar pun da boleh faham kot. Jom kite tengok video ni.

P/s : papehal boleh contact or email aku ye.. ;)


NUR MUNIRAH BINTI MOHD SUIB
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

Wajib tengok!!huhu

Assalamualaikum...

Hai...korang ape khabar?? Hope semuenya sihat.. Amin.. Erm...aku ada video nak suruh korang tgk ni..huhu. InsyaAllah, tak rugi kalau menyimpan dengan PruBSN Takaful..

Dah, jangan buang masa.. Jom kita tengok video ni k?? Renung2kan.. dan selamat beramal..hehe

Jom gi Haji @ Umrah..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

       Semoga Allah memberkati hidup kita semua. Amin.. Aku harap korang tak melupakan kewajipan korang dalam menunaikan solat fardhu tak kira tua atau muda, muslimin atau muslimat, solat itu wajib ditunaikan.. Melainkan perempuan, ada waktu2 tertentunye. Tapi, walau ape pn jadi, pastikan solat fardhu terlaksana k??

       Erm..rukun Islam yg ke-5 adalah menunaikan fadhu haji bg yg mampu. Ok la, aku nak tnye, ape usaha yg korang da buat utk menunaikan rukun Islam yg ke-5 ni? Ada tak simpan tiap2 bulan utk tujuan ni? Kalau ada, alhamdulillah dan tahniah aku ucapkan. Sekurang2nya usaha tu da ada. Tp, kalau korang belum menyimpan lg, elok sangat la kalau disegerakan..

       Bagi yg da menyimpan ni, bila ditanya, majority menyimpan dgn Tabung Haji setiap bulan RM100.. Ada juga yg menyimpan setiap bulan RM50 dalam Tabung Haji.. Alhamdulillah, ramai yg da ada kesedaran tentang simpanan haji ni..

      Erm, kalau korang nak tau, PruBSN Takaful pun ada plan untuk haji dan umrah ni.. Nama plan tu PruBSN Ummah.. So kt sini aku nak cerite sikit la pasal plan ni.. Then depends pada korang la nak menilai macammana.

       Ok, ni pendapat aku la.. Kalau korang bajet nak simpan RM100 setiap bulan,  aku rase better korang simpan setiap bulan dengan Tabung Haji RM50, dengan PruBSN Ummah RM50.. so jumlahnye tetap RM100 kn?? Tau tak kenapa aku suruh wat camtu?? Ok, jom kita bincang same2..dan kita wat perbandingan..

Simpan RM100 : Tabung  Haji

Ali menyimpan dengan Tabung Haji RM100 setiap bulan. Tetapi ditakdirkan Allah, pada tahun ke-5 menyimpan, Ali mengidap kanser hati tahap 3. Ali sudah tidak mampu bekerja dan simpananya dengan Tabung Haji juga tidak bergerak kerana sudah tidak mampu lagi untuk menyimpan dengan Tabung Haji. Oleh itu, anggaran  simpanannya dengan Tabung Haji+ Dividen hanya RM6,700..

TETAPI, jika :-

Simpan RM50 (Tabung Haji) + RM50 (PruBSN Ummah)

Situasi dan jumlah yang sama, cume yg membezakannya adalah tempat simpanannya sahaja. Jom kita lihat ape yg Ali akan dapat.

Dari PruBSN Ummah + Tabung Haji

Apabila Ali disahkan mengidap sakit kritikal, antara yang Ali akan dapat, walaupun jumlah simpanannya dgn PruBSN Ummah dan Tabung Haji(+dividen) hanyalah RM6,300..

Pampasan sakit kritikal : RM10,000
Contributor : Caruman Ali Percuma
Badal Haji : Ditanggung (RM3,000)
Khairat kematian : RM2,000

Apabila sampai tempoh matang, Ali akan mendapat duit simpanan daripada PruBSN Ummah. Ini kerana PruBSN Ummah menanggung caruman yang sepatutnya disimpan oleh Ali walaupun Ali sudah tidak mampu lagi. Untung kan? Kan?? Kan?? Sekiranya berlaku kematian juga Ali akan mendapat pampasan RM20,000..dan pampasan itu akan menjadi 2x ganda sekiranya kematian berlaku ketika sedang mengerjakan haji atau umrah.

Selain dari tu, simpanan Ali dengan Tabung Haji juga tetap ada..dan sekiranya Ali tidak menggunakan duit simpanan dalam Tabung Haji, Ali layak mendapat dividen setiap tahun.

Banyak mende lagi aku nak membebel ni tp tak perla, lain kali jela.. Kesian korang nanti boring bce panjang2.huhu..

Ok la, papehal korang boleh contact or email aku ye.. Sayonara.. Assalamualaikum

NUR MUNIRAH BINTI MOHD SUIB
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

Monday, 9 September 2013

LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA..

Assalamualaikum..

       Hmm..korang tau tak ape maksud tajuk tu??? Haa...maksudnye, Jangan Bersedih, Allah Bersama Kita.

       Masa aku gi kuliah maghrib aritu, ustaz ada bagi ceramah berpandukan buku La Tahzan ni la. Tapi sori la..aku lupe nak catit name ustaz tu.. aku lupe. Macam biase, aku dengar kuliah maghrib tu kt Surau Annur, Bandar Baru Bangi.

       Mase tu ustaz bagi penerangan untuk tajuk 161 dan 162.. Untuk tajuk 161 tu, ape yang sempat aku salin tak banyak pun,tapi boleh la nak belajar sikit2 ..... :-

1) Allah makbulkan sesuatu doa itu dengan 3 cara :
     * Allah makbulkan ape yg kita minta
     * Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik
     * Allah makbulkan di akhirat nanti

So, kalau ape yang kita doa tak dapat, jangan sedih.. husnuzon.. pikir baik.. mungkin Allah nak gantikan dgn yg lebih baik or mungkin Allah akan makbulkan di akhirat nanti.

2) "Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba2Nya?? Dan mereka (orang2 musyrik) menakuti2 kamu dengan (sembahan2) selain Allah." Surah Az Zumar,36

Maksudnye,kite kena yakin dan berharap hanya pada Allah..bukan mende lain..hanya Allah..

3) Rasulullah SAW bersabda, "jadilah hamba Allah yang terbunuh, dan jangan lah jadi hamba Allah yang membunuh"

*Haaa..utk yang ni, aku nak bagi 1 pepatah yang salah, dan sangat tak sesuai digunakan terutama oleh umat Islam. "Revenge is nice and great" .. sebagai umat Islam, tolong la jangan ambil iktibar dari pepatah tu. Igt sabda nabi!! "Jangan lah jadi hamba Allah yang membunuh"

4) Sesungguhnya seorang muslim itu memiliki prinsip, risalah, & ketentuan yang lebih agung dari hanya sekadar balas dendam, benci & dengki.

       Untuk tajuk 161, tu je yang mampu aku kongsikan ye.. ok,jom kita tgk tajuk 162 pulak. Tajuk 162 ni berbunyi, kekurangan boleh saja menjadi suatu kesempurnaan

       Ramai yang bersedih atas kekurangan yang ada. Jangan bersedih....kerana kekurangan boleh menjadi kesempurnaan.

       Kalau kita tengok, ramai ulama seperti 'Atha Said bin Jubair, Qatadah Al-Bukhari, At-Tirmidzi dan Abu Hanifah hidup dengan perasaan tenang walaupun pada asalnya mereka adalah hamba.

       Setiap orang pasti ada kekurangan masing2.. jangan sedih atas kekurangan itu. Sebaliknya kita kena selalu bersyukur kerana Allah akan beri apabila kita berasa syukur.

       Selain itu,kita juga perlu berdoa supaya tanamkan sifat qanaah. "Jika kamu bersyukur(atas nikmatKU, nescaya akan Ku tambahkan (nikmatku) kepada kalian" surah Ibrahim,7.

       Korang nak tau tak, bukan masak je yang ada resepi... Nak tukarkan kesedihan,kegelisahan kepada kegembiraan pun ada resepi nya... Nak tau?? Ok...

1)Sembahlah Allah yang Maha Pencipta
2) Terima lah qada' yang Allah tentukan.
3) Zuhud lah dengan apa yang telah Allah bagi.
4) Pendekkan angan2.. :)

       Sedar tak, manusia ni...rasa rugi sangat kekurangan diri tapi tak pernah merasa beruntung dengan kelebihan diri.

"Barangsiapa yang bangun pagi, akhirat adalah tujuannya, maka Allah akan permudahkan urusannya. Tetapi sebaliknya, barangsiapa yang bangun pagi, dunia adalah tujuannya, maka Allah akan merumitkannya."

       InsyaAllah setakat tu je yang mampu untuk aku share kuliah maghrib ni.. semoga kita sama2 ambil manfaat daripadanya.

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com 

Antara ASET dan LIABILITI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

       Apa khabar?? Harap korang sihat la..huhu. Sebelum tu, jom kite sama2 ucapkan alhamdulillah sbb Allah masih beri peluang kepada kita untuk hidup dan beribadat kepadaNya.. alhamdulillah..

       Erm...harini aku nak cerite sikit pasal kerja lama aku dan kerja yang aku wat sekarang.. Sangat2 berbeza.. Dulu, aku kerja di sebuah bank di Putrajaya.. Kerja aku adalah cari orang untuk buat personal loan dan ASB loan.. Sekarang kerja aku, membantu orang utk menyimpan dengan takaful..

       Nak tau ape beza nya?? Dulu kerja aku menambahkan liabiliti orang..tapi sekarang kerja aku, bagi aset kat orang.. Korang tau tak ape itu liabiliti dan ape itu aset?? Ok, secara ringkasnya, liabiliti tu adalah tanggungan dan aset itu adalah harta.. So, kalau diberi pilihan antara tanggungan dan hara, mane yang korang nak pilih??hihi.. Korang sendiri tau jawapannya kan??

       Kenapa aku kate kate kerja aku dlu menambahkan liabiliti..?? Ok, korang sedar tak sebenarnya orang yang buat loan ni bukan menguntungkan tapi merugikan.. ok,jom kita kire kalau wat loan..

Siti, 26tahun

Loan : RM50,000
Tenure : 20years
Payout : 97% (without insurance)
Insurance : RM500
Monthly installment : RM369
Interest : 3.69%

:- means jumlah yang die dapat adalah
RM50,000 - RM1,500(3% payout) - RM500(insurance)
=RM48,000

Berapa yang die bayar??jom kita kire..

RM369 x 12 bulan x 20tahun
= RM88,560

Almost 2x ganda!!!! Bukan ke itu sgt2 membebankan?? Da la dapat pn tak sampai RM50,000..

       Fuhhh...membazir2..tapi yang lagi menyedihkan, dulu client aku yang nak pinjam ni, hampir 60% daripada tu pinjam dengan tujuan untuk bayar bil perubatan orang tersayang.. Dulu aku tak terase sangat tapi bila aku da kerja takaful ni, aku teringat balik, kesian sgt dengan diorang.. kalau ada medical card kn senang.. tak yah nak wat pinjaman.. :-(

       Alhamdulillah kerja aku sekarang ok..bagi aset kat orang..nak tau kenapa aku kate bagi asset?? Sebab plan takaful ni skali dgn investment.. kalau tak pernah clain skali pun, saving tetap kite akan dapat.. 3 in 1.. 1st dapat perlindungan, 2nd dapat medical card n 3rd dapat saving.. kan untung tu.. :) kalau umur bawah 30, 150 pun da boleh lepas tau.. so rugi sgt2 siapa yang tak menyimpan dengan takaful ni..

Nak tau detail?? Leh call or sms aku untuk set appointment..

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

Betul ke takaful tu mahal?? Jom kira..

Assalamualaikum..

       Ramai yang bagi alasan tak nak menyimpan dengan takaful sebab mahal.. betul ke?? Bagi aku, teramat lah salah kalau ada yang berpandangan sebegitu.huhu. Nak tau kenapa?? Dulu masa aku kerja di sebua bank di Putrajaya, kerja aku cari orang untuk buat personal loan dan ASB loan..

       Lepas aku wat kira2, kalau diberi 2pilihan, antara asb dgn takaful, aku akan pilih takaful dulu, then kalau ada duit lebih, baru menyimpan dgn ASB. Jom, kita kira sama2. Tapi untuk bagi korang lebih faham, aku bagi situasi k?? Jom, check it out!!!

       Siti, 26tahun mula menyimpan setiap bulan RM150, didalam ASB sejak die beumur 18tahun lagi. Setiap tahun die akan dapat dividen dalam 8-10%. Satu hari, dia disahkan menghidap sakit jantung dan perlu lakukan pembedahan yang memerlukan kos dalam RM40,000- RM50,000. Jom kire berapa simpanan yang die ada??

Simpanan ASB : Selama 8 tahun (dengan anggaran dia langsung tak pernah keluarkan duit dalam ASB)

Tahun 1

RM150 setiap bulan x 12bulan = RM1,800

Dividen : RM1,800 x 9% = RM162

Jumlah simpanan tahun 1 :
Jumlah simpanan + Dividen =
RM1,800 + RM162 = RM1,962

Tahun 2

RM150 setiap bulan x 12bulan = RM1,800

Dividen : [RM1,800 + RM1,962(Simpanan tahun sebelumnya)x 9% = RM338.58

Jumlah simpanan tahun 2 :
Jumlah simpanan + Dividen =
RM3,762 + RM338.58 = RM4,100.58

Tahun 3

RM150 setiap bulan x 12bulan = RM1,800

Dividen : [RM1,800 + RM4,100.58 (Simpanan tahun sebelumnya)x 9% = RM531.05

Jumlah simpanan tahun 3 :
Jumlah simpanan + Dividen =
RM5,900.58 + RM531.05 = RM6431.63

       Setelah dikira sehingga tahun ke 8, jumlah simpanan Siti dengan ASB, RM22,000. Masih belum cukup kan?? Ok kita cari sumber lain pulak...

Simpanan dalam bank : RM8,000
Bantuan keluarga, rakan2, dll : RM10,000

So, jumlah yang ada :
RM10,000 + RM22,000 + RM8,000
= RM40,000!!!

       Nampak tak???dah macam2 usaha, tapi yang ada cume RM40,000.. Lagi 10,000 tak cukup.. tu belum masuk lagi kos ubat2an, kos tanggungan lain.. Mane nk cekup duit banyak2 ni..?

Jangan risau..jom kita tengok kalau menyimpan dengan takaful pulak..

Menyimpan dengan takaful, RM150 setiap bulan, bermule dari umur 18tahun..

RM150 x 12bulan x 8tahun = RM12,800

Tapi apa yang Siti dapat??

Pampasan Kematian : RM40,000
Pampasan sakit kritikal : RM10,000
Pampasan kemalangan dan cacat kekal : RlRM20,000
Kad perubatan : RM600,000 TANPA ko takaful
Elaun hospital : RM150/day
Elaun pembedahan : RM2,500-RM12,500 per procedure
Elaun ICU : RM100/day
Komplikasi kehamilan : RM6,000
Penjagaan jururawat dirumah : ditanggung sepenuhnya (180hari seumur hidup)
Bantuan perubatan kecemasan seluruh DUNIA : Ditanggung sepenuhnya
Contributor

       Contributor means kalau berlaku sakit kritikal atau kemalangan yg menyebabkan cacat kekal, Siti akan dapat pampasan dan RM150 yang di simpan setiap bulan akan ditanggung sepenuhnya oleh PruBSN Takaful.

       Bayangkan, walaupun dah tak mampu nak bekerja, tapi simpanan tetap berjalan seperti biasa walaupun Siti dah stop menyimpan. Untung kan???

       Cube bandingkan RM150 yang disimpan setiap bulan dengan benefit yang dapat....betul ke rugi??? I dont think so...

Renung2 kan dan selamat beramal..

Sekian. Terima Kasih..

Assalamualaikum

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

KEMALANGAN MERAGUT 4 NYAWA SEKELUARGA..

Assalamualaikum semua..

       Macam biasa, setiap petang aku akan jemput adik aku kat sekolah.. Dan macam biasa jugak, setiap kali balik dari sekolah, macam2 dia akan cerita.. pasal sekolah, kawan2, cikgu2, macam2 la.. Biasa la..budak2 kan. Memang macam tu..

       Tapi harini, dia cerita pasal Ustazah sekolah dia kemalangan. Maut sekeluarga. Ustazah Rohaya, dan 3orang anaknya meninggal di tempat kejadian. Apa yang lebih menyedihkan, ustazah tu mengandung. Suami kepada arwah juga cikgu SKBBB Jalan 2 sesi pagi, iaitu Ustaz Taufiq. Ustaz ni mengajar adik aku di sekolah.

       Diharapkan Ustaz Taufiq dan anaknya, Nabila Al Husna,10tahun tabah dan kuat menghadapi dugaan. Mari lah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Al-Fatihah..

     

Dunia & Akhirat ibarat Laut & Perahu..

Assalamualaikum..

      InsyaAllah kali ni aku nak share sedikit ilmu yang dapat belajar mase hadiri kuliah dhuha khas untuk wanita. Kuliah dhuha ni mmg setiap hari Ahad ada..start kul 9.30 pagi kt Surau Annur, Bandar Baru Bangi.

      Ustaz Mohktar banyak menceritakan tentang dunia dan akhirat. Antara kate2 beliau yg kita boleh ambil iktibar dan pengajaran........ :-

1) Masuk ke kubur tanpa bekalan ibarat berlayar mengharungi lautan tanpa  bekalan.

2) "Jangan kamu sibuk dimuka bumi melainkan mengumpul bekalan" Abu Bakar As Siddiq

3) Orang yang mati sangat memerlukan pertolongan dari orang yang hidup. (Doa, sedekah, ziarah kubur)

4) Bertaqwa lah bagi mereka yang mempunyai akal fikiran. Kerana dengan taqwa, maka datanglah segala keseronokan untuk melakukan ibadat

5) Syaitan & iblis datang mengikut keimanan seseorang itu.

6) Siapa yang takut akan Allah, maka Allah akan jadikan makhluk takut akan dia.

7) Sebaik2 manusia adalah orang yang tidak mengenepikan dunia tetapi menggunakan dunia untuk mendapatkan dan mengumpul bekalan akhirat.

8) Kita perlukan harta untuk meninggikan akhirat.

9) Dunia dan Agama ibarat laut dan perahu. Tanpa lautan, perahu tidak boleh bergerak.

10) Terlalu memikirkan dunia salah satu sebab menggelapkan hati.

11) Sekiranya lebih dari 3hari tidak hadir ke majlis ilmu boleh mati hati. Cara nak tau hati dah mati, tak suka dengar ilmu akhirat.

12) Dunia ibarat burung merpati. Makin kita kejar, makin ia lari. Tapi kalau tak kejar, burung merpati akan datang sendiri.

13) Ada 3 golongan dalam dunia ini iaitu :
     - CARI DUNIA : Utamakan akhirat, tapi mencari dunia
     - CINTA DUNIA : Dahulukan dunia, akhirat kemudian
     - GILA DUNIA : Utamakan dunia, tinggalkan akhirat

14) Memikirkan akhirat, mencerahkan hati.

15) 4perkara yang menipu kita adalah :
     - DUNIA
     - SYAITAN
     - MANUSIA
     - NAFSU

16) Takziah adalah ucapan yabg boleh menenangkan dan menyabarkan seseorang.. bukannya cakap, "takziah la ye"..

     Aku tak reti nak berceramah tp mase kuliah tu, ni je yg mampu aku catit. Buat peringatan aku dan semua.

Waahh...banyak pilihan woo..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

       Aku nak share sikit pasal pelan perubatan yan terbaru dari PruBSN takaful.. namenya Health Enrich tp dalam Health Enrich ni ada 4 pelan.. means nanti boleh la pilih nak pelan yang mana.. ikut budget..

       4 pelan yang ada, Health Enrich Vital, Health Enrich Select, Health Enrich Advance dan Health Enrich Premium.

       So, nak memudahkan cerite, kat sini aku attachkan link untuk Health Enrich ni.. dalam link ni hanya pasal Medical Health Enrich sahaja.. tak termasuk benefit lain sperti pampasan kematian, saving, dan lain2..

So, jemput2 la bace k?? Papehal korang boleh komen or contact aku.. jangan takut..aku tak makan orang..hehe.

Sekian, terima kasih..

NUR MUNIRAH BINTI MOHD SUIB
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

Betul ke rugi kalau ambil takaful tapi tak pernah claim?

Assalamualaikum...

       Erm..arini aku nk cite ckit pasal orang yang amek takaful tapi tak pernah claim.. yela,sbb semalam aku jumpe sorang akak ni..aku cite pasal penting nye takaful..da mmg tanggungjawab aku cite psl ni kat orang kn..

       Tapi kan, lepas aku cite macam2, die balas, "akak rase rugi dan buang duit kalau akak ambil takaful ni..sebab akak jarang sakit..lagipun rase macam tak berbaloi..sbb kalau sakit, hospital kerajaan ada..baik masuk hosp kerajaan je.jimat duit..tak yah bayar takaful tiap2 bulan,pastu kalau tak guna,rugi,membazir.."

       Bila aku dengar jawapan akak tu, dua je perasaan aku mase tu.. terkejut dan kesian.. 1st terkejut sbb tak sangka sampai macam tu skali pandangan die pasal takaful.. kesian sbb die tak faham konsep takaful yang sebenar n kesian sbb tak de orang fahamkan die sebelum ni..

       Lepas daripada tu, die terus pergi sbb ada meeting katenye..xperla, next time aku try jumpe die lagi untuk fahamkan die..tapi kepada akak tu dan kepada semua yang berfikiran macam akak tu, meh sini aku nak cite kenapa aku kate ape yang akak tu pikir sebenarnya salah..totally different!!

      Ok, sebelum tu, aku nak mintak maaf kat akak tu, sekiranya akak terbace entry ni, mohon jangan terase ye kak..tujuan saya untuk berkongsi ilmu.. langsung tak de niat untuk memalukan akak atau sesiapa..

       Sebenarnya, kalau korang ada takaful tapi tak pernah claim, tak rugi pape pn..sebab pelan yang  aku explain kat orang selama ni adalah pelan investment link..so kalau korang tak pernah claim skali pun, sekurang2nya korang ada saving.. jaminan untuk masa persaraan korang nnt or pendidikan anak2.. so ape yang ruginya??

     Lagi 1, pelan yang aku cerite selama ni adalah takaful..menepati syariah compliance..so, cube korang fikir, kalau dah 10tahun korang menyimpan dalam takaful, da berapa ramai orang susah da yang korang tolong.. dalam tak sedar, korang boleh kumpul pahala bila menyimpan dalam takaful.. korang nak pahala tak?? Aku nak... xtau la kalau korang tak nak kn.hehe.

       Pastu, dari segi medical pulak, kalau korang sihat alhamdulillah, tak pernah claim, PruBSN Takaful pun ada bagi bonus dan bonus yang diberi tu akan masuk dalam saving.. so nnt bertambah2 lagi la saving korang..kan?

       Lagi 1, korang kena menyimpan dengan takaful ni.. yela, aku nak ingatkan je, sbb kalau da sakit baru nk amek, mana2 syarikat takaful pun tak kan terime.. kalo sihat pun tapi da berumur, mahal la plk..kalau ambil muda2 murah sikit.. agen boleh cari orang yang sihat untuk ambil takaful tp orang yang sakit, tak kan ada satu pun syarikat takaful yang nak terime..

       Seriously, memang tak kan rugi kalau menyimpan dengan takaful ni.. So, renung2kan dan selamat beramal..hehe

Nur Munirah binti Mohd Suib
013- 253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

Thursday, 5 September 2013

Kakitangan KERAJAAN tak perlukan medical card????

Assalamualaiakum..

hai...korang ape khabar.. haa...arini aku nak bagi contoh sikit untuk tajuk ni.. sebab aku tengok ramai sangat kakitangan kerajaan yang bagi alasan macam ni bile aku nak cite pasal plan takaful dan medical card ni.. tak sedar2 jugak.. pelik aku..huhuhu. ok, ni aku nak bg contoh yang real punya kenapa orang kena ada medical card.. even doktor pakar skali pun kena ada medical card taw.. tu yang aku tak paham bile orang biase yang keje kerajaan n swasta ni tak nak ada medical card.. pastu bila da sakit, mula la mintakayuan kat sana sini sebab nak tanggung kos perubatan... tambah2 bila minyak da naik ni...pasni makin tinggi la kos perubatan yang kena tanggung..

Haaa..meh sini aku attach kan gambar.. korang nilai la sendiri.. ni cite betul taw.. bukan main2..

                                       

Korang nampak tak?? kalau tak nampak, meh sini aku taip balik ape yang surat ni tulis..

"Per : MEMOHON BANTUAN PERUBATAN

Adalah saya ----------- Bte --------------- CIMB Bank Berhad, Auto Finance, Jalan Ibrahim, Johor Bahru (ID:------) ingin memohon jasa baik pengurusan iaitu, CIMB Bank Berhad untuk membantu pembiayaian kos rawatan suami saya yang telah disahkan mengidap Penyakit Kanser Lympoma. Suami saya adalah seorang kakitangan kerajaan yang bertugas sebagai anggota polis. Beliau sebenarnya boleh mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan tetapi malangnya Hospital Kerajaan telah memaklumkan bahawa jenis ubat yang digunakan oleh suami saya tiada.

Penyakit beliau telah disahkan oleh pihak Hospital Pakar Johor pada 31/03/2008. Sekarang ini suami saya sedang menjalani rawatan susulan yang telah ditetapkan oleh pihak Hospital Pakar Johor dari masa ke semasa.
Untuk maklumat pihak pengurusan kos pembiayaan bagi rawatan pertama, kedua dan ketiga telah ditanggung oleh pihak Insuran suami saya. Tetapi pihak Insuran tidak dapat menampung keseluruhan rawatan kerana jumlah tuntutan telah digunakan sepenuhnya. Oleh itu saya telah menggunakan wang simpanan untuk menanggung rawatan selanjutnya.

Untuk maklumat pihak pengurusan rawatan kimotherapy ini memerlukan kos yang jumlahnya tidak kurang daripada RM5000.00 bagi satu rawatan. (tidak termasuk ubat-ubatan anti cancer yang dibekalkan oleh pihak doctor dari masa ke semasa.)

Anggaran kos rawatan ini sangat tinggi. Saya tiada pilihan dan akan berusaha untuk merawat penyakit suami saya sehingga sembuh. Saya juga mempunyai tiga orang anak yang masih ersekolah (antara 7 hingga 12 tahun) yang memerlukan pembelanjaan harian. "

Haaa...sekarang ni aku nak tanya korang lagi, betul ke medical card ni tak payah ada pun tak per?? haa..pandai2 la korang pikir sendiri yer.. 

So, ni no tel aku.. kalau ada pape nak tanya boleh la call aku.. 013-253 8738
tak pun email la aku kt pprudential.takaful@gmail.com atau kt email nurmunirah997@prupartner.com.my

Tuesday, 3 September 2013

Alamak!! Minyak naik!!?? Tak boleh ambil Takaful!!

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Korang ape khabor?? Harap2 sihat la ye?? Aku arini alhamdulillah sihat.. Cume semalam je kurang sihat..kena cherry berry..hehe.. So arini boleh la bekerja seperti biase.. :)

Aduhh...sehari dua ni,kt facebook, almost 90% member aku update status pasal harge minyak naik 20sen/liter.. malam tu aku pn salah sorang dari ramai2 yang beratur panjang nak isi minyak kete.hehe.. Hmm..nampaknye lepas ni harge barang2 keperluan lain pn ada harapan nak naik..yela, semue tu perlukan pengangkutan.. pengangkutan perlu kn minyak petrol.. hmm..meningkat lagi kos hidup lepas ni..

Jangan kn barang2..pasni tak mustahil kos perubatan pn akan meningkat.. OMG!!!!! Mesti mahal!!! Tapi jangan risau...sebab setakat ni PruBSN Takaful tak meningkat pun premium nya..

Cube korang pikir, bila minyak,barang2 dan kos perubatan da meningkat, sebenarnya tu tanda korang kena cepat2 ambil plan perlindungan dan medical dari PruBSN Takaful.. bukannya jadikannya sebagai alasan untuk elak dari ambil pelan perlindungan takaful.. Ambil yang minimum pun jadi la.. sekurang2nya dah ada coverage medical card RM500,000!!!

Ok2..kalau korang tak faham lagi, meh aku bagi situasi... Erm..

Situasi 1  : Tiada Medical card tetapi ada company coverage

Ahmad mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.. mempunyai seorang isteri dan 2orang anak. Setiap kali cuti,ahmad pasti akan meluangkan masa bersama keluarga nya.

Suatu hari,Ahmad disahkan mengidap sakit buah pinggang. Sebelah kiri buah pinggangnya dah rosak dan tak boleh guna lagi dan sebelah lagi dah kotor. Doktor menasihatkan Ahmad supaya menjalani rawatan dialysis setiap minggu secepat mungkin.

Ahmad memohon dengan tempat dia bekerja untuk tanggung kos perubatan di hospital swasta memandangkan di hospital kerajaan terlalu ramai dan dijangkakan perlu menunggu lagi 5bulan.

Alhamdulillah company tempat Ahmad bekerja menanggung semua kos perubatannya. Tetapi, rupanya company coverage ada limitnya. Baru 3kali sesi dialysis, die mendapat surat menyatakan die diberhentikan atas alasan sudah tidak produktif dan sebagai ganjaran, Ahmad diberikan pampasan.

Ahmad menggunakan pampasan itu untuk menanggung kos perubatannya tetapi ternyata ianya tak cukup. Ahmad sudah tidak mampu berkerja. Disebabkan itu, isterinya terpaksa bertungkus lumus melakukan pelbagai kerja untuk menanggung kos perubatan Ahmad.

Nampak tak kesan, dan akibat sekiranya tidak mempunyai Plan takaful sendiri?? Walaupun ada company yg boleh tanggung kos perubatan, tapi sampai bila?? Agaknya da pencen pun company boleh cover lagi tak?? Tak pun, cuba korang pikir,kalau korang sendiri jadi bos kt company tu, nak ke korang kekalkan pekerja yang dah tak produktif, tak boleh bekerja, tak boleh bagi keuntungan pada company, tapi kerap mintak claim perubatan. Korang jawab la sendiri.

Sebab tu la sgt penting ada plan takaful sendiri punya. Bukan yg company cover je. Paham tak?? Ok,jom kita tgk situasi yg ke 2 pulak.

Situasi 2 : Tak de medical card dan company tak cover.

Ahmad mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.. mempunyai seorang isteri dan 2orang anak. Setiap kali cuti,ahmad pasti akan meluangkan masa bersama keluarga nya.

Suatu hari,Ahmad disahkan mengidap sakit buah pinggang. Sebelah kiri buah pinggangnya dah rosak dan tak boleh guna lagi dan sebelah lagi dah kotor. Doktor menasihatkan Ahmad supaya menjalani rawatan dialysis setiap minggu secepat mungkin.

Disebabkan Ahmad tiada perlindungan takaful dan medical, beliau terpaksa ke hospital kerajaan untuk membuat rawatan dialysis. Tetapi disebabkan terlalu ramai yang memohon rawatan dialysis, doktor jangkakan rawatan boleh dibuat dalam masa 5bulan lagi. Kalau nak cepat kena pergi ke hospital swasta.

Ahmad tiada pilihan kerana dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk menanggung kos perubatan di hospital swasta. Disebabkan keadaannya yang semakin teruk, tetapi tidak membuat sebarang rawatan dialysis, ditakdirkan Allah,ajalnya tiba sebelum sempat melakukan rawatan dialysis.

Ahmad meninggalkan isteri dan anak-anaknya tanpa sebarang wang untuk melangsaikan hutang2nya. Akibatnya, si isteri terpaksa bekerja keras untuk menanggung segalanya.

Pilihan di tangan korang. Pilihlah samada nak tinggalkan orang tersayang dalm keadaan yang susah atau pun senang.

Sepatutnya,setiap kali dapat gaji,korang kena asingkan siap2 duit untuk simpanan plan perlindungan..

Same jugak bila minyak da naik ni, lagi korang kena ambil pelan takaful ni cepat2. Tu pun kalo korang rase sayangkan keluarga korang la. Sekurang2nya kalo jadi pape tak de la korang biarkan keluarga korang dalam keadaan meminta2.. duit gaji,kalau berkat, in sha Allah gaji RM1,000 je pn cukup, dan boleh asingkan untuk ambil pelan takaful.

Yang penting kerja kita kena ikhlas dan bersungguh2.  :) so kalo berminat, boleh la roger2 n hubungi aku kat 013-253 8738. Tak pun email je kat munirahsuib@gmail.com.

Banyak lagi aku nak cerita tapi nanti2 la ye. Bubye.. Assalamualaikum. ;)