Thursday, 12 December 2013

NYAWA = SELIPAR JEPUN.. YEKE???

Assalamualaikum dan salam sejahtera. ..

Korang sebenarnya tau tak kenapa orang mencarum dalam TAKAFUL??? Saje je aku wat huruf besar semua perkataan TAKAFUL tu.. Sebagai peringatan yang orang Islam ni sebenarnya HARAM menyimpan dgn insurans.. Takaful tak per...

Korang perasan tak kalau beli rumah n kereta WAJIB amek insurans or TAKAFUL?? Cer teka kenapa?? Cer korang tengok 2 mende ni.. Berharga x?? Mahal x?? Senang dapat tak kalo duit xder??

Maksudnya, TAKAFUL or insurans ni diambil untuk sesuatu yg berharga dan bernilai. Contohnya rumah, kebiasaannya diinsuranskan atas risiko kebakaran, kecurian dll.. Kereta plk atas risiko kemalangan, kecurian, dan kebakaran.. Ada jugak barang2 berharga dan bernilai lain yg diinsuranskan..

Pernah tak korang tengok orang insurans kan selipar jepun??? Tak de kan?? Kalau ada call aku cepat. Aku nak jumpa orang tu..huhu.  Kenapa selipar jepun tak der orang insurans kn? Sbb...... Hmm...korang pikir la sendiri..huhuhu. Setakat selipar jepun yg hilang. Hilang 1 pasang, 10 pasang boleh beli ganti blk..huhu.

Tapi kan ada sesuatu yg sangat2 berharga dan bernilai tapi masih ramai yg buat macam xberharga..NYAWA.. Nyawa ni sgt bernilai..kalau hilang nyAwa bukanny boleh beli balik pn..

Walaupun smue org tau nyawa tu bernilai dan berhrga tp masih ramai yg belum ada perlindungan takaful.. Kesian... Ibarqt nilai nyawa sama dengan nilai SEPIPAR JEPUN!!!huhu.

Renung2kan dan selamat beramal.. Untuk sebarang pertanyaan mengenai TAKAFUL, please contact me..

Assalamualaikum


NUR MUNIRAH BINTI MOHD SUIB
FULL TIME PRUBSN TAKAFUL AGENT
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

Tuesday, 3 December 2013

Siapa yg suka menunggu???

Assalamualaikum...

Salam sejahtera.. apa khabar?? Hopefully smue sihat ye?? ;) Aku hari tu saje2 la duk tgk2 blog org... tb2 terjumpa la gambar ni..

Apa pendapat korang pasal ni??? Sapa yg ske menunggu?? Uish...even 5mnit org da bising malas nk menunggu, ni 3jam, lg la...huhu. Korang tau x ape faktor boleh jd mcm ni??

Faktor utama nya sebab TAKDER MEDICAL CARD.. Kalo ad medical insyaAllah xperlu tnggu lame2 mcm tu..

PruBSN Takaful sgt bagus dlm medical.. :) Korang nak tau detail x?? 6 in 1!!!! Kalau nak tau, cepat2!!! Set appointment aku..

Nur Munirah Mohd Suib
013-253 8738
munirahsuib@gmail.com
nurmunirah997@prupartner.com.my

Sunday, 24 November 2013

Pilih SATU je!!

Antara ketiga2 situasi dalam gambar ni, yang mane 1 korang pilih??huhu.. Ingat taw..pilih 1 je..

Nur Munirah Mohd Suib
013-253 8738
munirahsuib@gmail.com

My Heart!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hmm...da lame sgt aku tak update blog. Actually banyak sgt mende yg nk share. Tp kekangan masa utk 'mengayat' tu yg wat blog ni da lame tak berupdate.hihi..

Tp arini aku nak membebel ckit pasal most important organ dlm badan kte smue ni.. Cer teka apedie?? Haaa...pandai!! JANTUNG!! Macam dalam gambar ni la.. Ape pn yg kita buat, berlari ke, tidur ke, makan ke, jantung kte akan sentiasa berjalan/berfungsi.. kalau x, kte yg 'jalan'.. kn??

So korang nampak yg betape penting ny jantung ni??huhu.. Sbb tu kte kne jge betul2.. Tp, andai kate ditakdirkn ada masalah jantung, cane???? G jela hospital.. kn?? Tp korang rase2 la, berape kos ek?? Agk2 5hengget?? Ke 10hengget?? Erm...xde maknenye!! Kos perubatan utk sakit jantung SANGAT mahal..

Even keje kerajaan skali pn, kos utk pembedahan yg melibatkan alat2 tambahan khas, kerajaan TAK COVER!! So jgn nk berlagak sgt walaupun keje kerajaan.. huhu.

TER emo plk.. bukan ape, aku sll sgt la jmpe org keje kerajaan yg berlagak xbertempat konon xperlu medical card cz kerajaan da cover.. Xde maknenye semue tu..tu semue tplak duit graduiti korang taw!

Ok, kte sambung balik topik td.. Kalau ada medical card sndri, senang la..papehal, pembedahan ke ape ke, smue takaful cover.. Xyah nk pening kepala cri duit nk tanggung kos perubatan. Kn? Kn? Kn?

Medical ni sgt penting...so jgn lupe utk dapatkan free consultation dr saya k? Sayonara..

Nur Munirah Mohd Suib
013-253 8738
munirahsuib@gmail.com

Monday, 11 November 2013

MENYAYAT HATI : Perbualan antara Jururawat dan Pesakit

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan
sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.
Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap
masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...
Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar
masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.

Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?

Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?

Anda yang sihat yang membaca  sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ini.

Tuesday, 22 October 2013

Health Enrich... Detail..

Assalamualaikum..

Ya Allah, da lame rasenya tak update blog ni.. Rindu tangan ni nak mengupdate macam2.. Tapi kekangan masa ckit.. Erm memandangkan aku tengah ada mood untuk membebel ni, aku nak bagi detail ckit la berkenaan dengan plan perubatan Health Enrich ni.

Health Enrich ni sebenarnya plan perubatan yg baru dr PruBSN Takaful. Ada 4 plan yg sesuai untuk semue jenis peringkat umur.. Health Enrich Vital, Health Enrich Select, Health Enrinch Advance dan lagi 1 Health Enrich Premium. 

Siapa yang layak memohon?

kategori

Pelan Pilihan
Health Enrich adalah pelan kad perubatan yang terbaru dari PruBSN di mana terdapat beberapa perbezaan dari pelan sebelum ini iaitu Takaful Health 2.
Antara beberapa perbezaannya yang menjadikan ia lebih menarik dan menguntungkan adalah:


1) Jumlah had seumur hidup untuk penggunaan kad perubatan Health Enrich dari serendah RM300,000 sehingga RM4,000,000.
2) Bilik dan Penginapan Hospital Harian sehingga RM1,000 dengan jumlah maksimum tahunan 365 hari.
3) Pengecualian deposit hospital untuk hospital-hospital pilihan
4) Khidmat Nasihat Perubatan Kedua sehingga RM1,000 (tahunan)
5) Dana pemindahan organ dengan had seumur hidup sehingga RM200,000
6) Perlindungan dari komplikasi-komplikasi kehamilan sehingga RM20,000 tahunan (untuk wanita)
7) Bantuan kecemasan di seluruh dunia (bukan hanya di dalam Malaysia, tetapi di seluruh dunia)
8) Pilihan pelan kad perubatan untuk anak sama ada 10% ko-takaful atau 100% tanggungan oleh PruBSN (sebelum ini hanya ko-takaful)
table
Korang paham tak? Kalau tak paham, contact la aku, kita jumpe... Dri A smpai Z aku cite..

"Takaful for All, for Life"

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

Wednesday, 2 October 2013

Dah Ada Company Coverage??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Erm..dugaan.huhu. Sepatutnye hari ni ada nak jumpe cikgu di sebuah sekolah ni. Dah sampai baru dia inform cakap tak jadi amek sbb suami dia tak bagi. Katenye suaminya da ada company cover 1 family..

Aku nak membebel panjang2 pn xboleh sbb nampak die macam bz sgt.. Tapi honestly aku kesian sgt2 dengan orang yg mcm ni.. Sorry to say la, tp org mcm ni tak pikir masa depan.

Yela, duk harapkan sgt company tu tanggung 1 femly kan?? Cbe bgtau ak smpai bile ditanggungnye?? Agak2nya kalo jadi pape, da sakit, kena selalu ke hosp, nak ke company tanggung lg?? Company pn nak untung gk kn.. Kalau da sakit mcm tu, komfem kne benti.. Ble da benti, tak de maknenye company tu nak tanggung lg taw..

Tak pikir ke semue tu? Lg 1, yg duk harapkan sgt company cover ni, tau ke byk mne yg company cover? Kalau setakat 10k je baik xyah.. Hosp swasta, masuk sbb demam je da 2k.. 5x demam da abes limitnye.. Lg 1, sakit kritikal cover ke? Kalo cover, byk mne?

Aku ad cerita psl golongan yg mcm ni..ni cerita betul la..

Ad sorang hamba Allah ni keje di sebuah syarikat yg glamor..mmg sebut je smue org kenal.. Then isterinya sakit dan dimasukkan ke hosp swasta.. Layanan of course 1st class.. Terbaik punye.. Lame jgk bini nya dalam hosp..

1 hari, dlm perjalanannya ke hosp untuk melawat bini die, die accident dan meninggal di tempat kejadian.. Disebabkan itu, bini die yg tgh sakit tu dinasihatkan utk tukar ke hosp kerajaan sbb bil perubatan, company da x tanggung.. Company hnya tanggung semasa suaminya hidup sahaja..

Nak ke kite jadi mcm tu? Cbe korang pikir, even doktor2 pakar pn ambil n cari medical card, ni kn plk kte org2 biasa.

Kita bukannya sape2 pn.. Ingat lg x kisah Azean Irdeawaty mohon bantuan utk tanggung kos perubatan kansernya?? Die perlukan RM50,000.. Tapi dapat RM20,000 je.. Haaa, tu pelakon.. Org kenal die.. Kalau kite yg tak terkenal ni mtk, bape yg dapat agak2nya?

Da la, tu jela.. Kalau ada pape juz call..or email..or sms pn boleh.. Ingat, buka minda tu ckit.. Jangan smpai org ckp kite ni otak sempit..

Renung2kan dan selamat beramal.. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..

Assalamualaikum

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

Kisah Benar : Melambatkan Solat

Terdapat hanya 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat, tapi pada anggapannya asalkan dia bersolat.

Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.

Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Ianya sangat sesak. Setiap tempat yang dia pandang telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan.

Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada. Jatungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.

Ianya adalah hari kiamat!

Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi kiamat itu akan berlaku.

Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!

Soal siasat itu sedang berlaku!

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya.

Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri.

Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.

Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.

Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.

Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam. Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.

Dia mengaku kesnya,"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan kita untuk lakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan. "Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah dilakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini.

Dia berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya ketakutan

Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.Akhirnya, keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.

Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh melutut dan dia menjerit menyatakan ianya salah 

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya, dia bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantunya

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata,"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka

"Dia mula menjerit,"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka.

Api neraka yang membahang telah membakar mukanya. Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam.

Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.Dia hanya jatuh lima atau enam kaki apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali ke atas.

Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang.Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab,"Saya solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya hampir terjatuh ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya jatuh"

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya, "Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir, adakah anda lupa?"

Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud

Dia berada di dalam kebasahan akibat peluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi untuk mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini

Kongsi kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang membuka mata mereka. 

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

Tuesday, 1 October 2013

3 Perkara yang PASTI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Korang ape khabar arini? Sihat? Aku alhamdulillah sihat.. Kalau korang sihat, alhamdulillah.. Tapi aku nak tnya korang ni.. Agak2 smpai bila korang sihat?? Korang jamin ke esok pn korang akan sihat macam sekarang?? Tak pun, tak yah la esok.. Agak nya korang jamin ke kejap lg, dalam sejam ke 2jam, korang boleh sihat macam sekarang??huhu.

Erm..korang tau x, ada 3 perkara yg pasti.. Mati, Sakit dan Tua.. Tapi korang tau tak bile?? Ok, lg 1 aku nak tanya, terutama pada yg suami2 n bapa2 ni.. Kalau korang kena gi outstation 2hari berapa yg korang tinggalkan ke keluarga untuk anak bini belanja sementre korang gi outstation tu? Paling minimum pn mgkin dlm RM50..

Tu 2hari.. kalau seminggu? 2mnggu? 3mnggu? Sebulan? 2bulan? Kalau selama2nya(meninggal)?? Berapa korang boleh tinggalkan?? Dalam surah Al-Baqarah ayat 240 ada menyatakan pasal ni.. maksudnya, jikalau seorang suami ingin meninggalkan isteri, hendaklah tinggalkan kepada isteri belanje untuk setahun lamanya. Means kalau sebulan belanje dalam RM2,000(belanja isi rumah, kereta, dll), setahun RM24,000.. sekarang ni korang ada tak banyak tu nak bg kat anak bini korang??

Lg 1, sakit.. Ada 1 soalan aku nak tanya.. Jawapan tu korang jawab sendiri.. Sekarang ni berapa yg korang ada untuk tanggung kos perubatan andaikata tiba2 korang atau orang tersayang sakit..?? Oh ye, hospital kerajaan ada.. Free je..hehe. Ramai yg pikir camtu kn?? 1 je istilah yang aku boleh bagi..iaitu, KESIAN..!!

Korang tau tak hospital kerajaan ni ramai sgt orang?? Haa...tu semue orang yg tak de medical card la tu.. Semua nk FREE.. Da name pun free..of coz la ramai.. Korang tau tak, untuk wat rawatan dialysis, kt hospital kerajaan sekarang yg apply da smpai bulan 9 tahun depan.. Ntah sempat ke tak pn tak tau la kalau kena tunggu sampai bulan 9 tahun depan.huhu.. Sebab tu pentingnya ada medical card.

Erm..alang2 tu aku nak bgtau la PruBSN Takaful ada plan full coverage untuk medical card.. Sekali dengan komplikasi kehamilan untuk setiap kelahiran.. Eh, da panjang ni.. Cani la, kalau korang nak tau detail, meh contact aku, kita jumpe.. Nak email je pn boleh..

Assalamualaikum.. sayonara

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
munirahsuib@gmail.com
nurmunirah997@prupartner.com.my

Ada Medical Card tp Tak Laku??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Korang pernah dengar kes macam ni.. Ada medical card tp tak laku..huhu. Tak laku means tak boleh guna la.. Perkara ni tak mustahil.. Banyak yg jadi cani da sebenarnya..

Sebab tu la, sebelum ambil medical card, tengok n kaji betul2 ape benefitnye.. Apa yg dapat, apa yg tak dapat.. Jangan la ambil sebab murah.. Kalau ambil sebab murah, ni la jadinya..

Kalau ada yg datang kt korang n suggest ambil medical card tp premium tak sampai RM100, baik tak yah.. Manade medical card yg tak smpai RM100.. Kalau korang tak caye, korang tanya orang tu ape yg korang dapat dgn RM100 tu..

Kalau korang nak tau detail or ada pape nk tanya, boleh set appointment dgn aku. Tak pun call or email pn boleh.

Sayonara, assalamualaikum.

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
munirahsuib@gmail.com
nurmunirah997@prupartner.com.my

Ku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang..

Assalamualaikum..

Korang ape khabar? Hope sihat hendaknya... aku post ni bukan nk bagi lirik lagu Tegar tu taw..hehe. Nampak sama tapi tak serupa..hihi.

Ni cite pasal aku..keje dulu dan sekaRang.. Jauh bezanye.. Dulu keje cari orang buat loan di sebuah bank ni.. Ibarat cari orang untuk tambah hutang, tambah komitmen bulanan..

Tapi sekarang keje aku bagi oramg aset.. Financial Consultant.. Bagi cadangan macammane nak ada saving, nak ada medical card, nak protect dri sendri n orang2 tersayang.. Banyak boleh tolong orang..

Tapi hakikatnye masih ramai yg tak sedar n tak nak ambil peluang ni.. Ramai yg menganggap ini adalah 1 bebanan bukannya aset di mase hadapan.. Awareness sgt kurang.. terutama orang Melayu.. Sedih tengok.. Dulu mase keje bank client yg cri aku.. Orang serah diri nak tambah hutang.. Tapi ni aku nk aset utk mse depan pn xnak.. Waduh2..parah ni.huhu.

Da la, malas nk membebel lg..Kalau korang nak tnye pendapat or pape, leh r call or email aku k.. Sayonara.. Assalamualaikum..

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
munirahsuib@gmail.com
nurmunirah997@prupartner.com.my

Monday, 30 September 2013

Da ada.. Tapi, Medical 1st party or 3rd party?

Assalamualaikum....

Hai korang..ape kabo?? Hope sihat sokmo..hehe. tiba2 pulak loghat terengganu..hihi. Semoga Allah memberkati hidup kita semua. Amin..

Aku nak tanya ni..tapi soalan ni korang pikir n jawab la sendiri ye.. hehe.. Korang da ada medical card ke belum?? Kalau da ada, alhamdulillah..jawab soalan ni pulak..hehe.

1) Berapa jumlah yg ditanggung?
2) Had tahunan?
3) Had seumur hidup?
4) Medical card 1st party or 3rd party?
5) Berapa yg ditanggung untuk sakit kritikal?
6) Ditanggung sepenuhnya or ada ko-takaful?
7) Ambil dgn agen full time or part time?
8) Medical yg diambil ni 1st party or 3rd party pnye?

Banyak lagi soalan tp jawab yg ni dlu k? Korang tau tak cane nak kenalpasti smaada medical card tu  1st part or 3rd party?? Haaa...meh cni aku nak ajar..hihi. yela, kalo korang ambil yg 3rd party punye, bahaya.. banyak kes medical card tak laku, tak boleh claim.. sbb medical card ny adalah 3rd party..

Kalau PruBSN TAkaful, medical adalah 1st party punye.. nak tau cane?? Erm, mcm dalam gambar ni la.. kt depan kad perubatan ni ada Prudential BSN Takaful..dan belakang kad pulak ada tulis PruBSN medi assist.. means medical card ni mmg bawah pruBSN..takde melibatkan syarikat lain.. Contohnye mcm dalam gambar kt bawah ni la..

So jangan risau, kalau korang ambil medical plan dgn PruBSN Takaful, insyaAllah tak de masalah... :-)

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuin@gmail.com

Sunday, 29 September 2013

Baca betul2 ye..

Assalamualaikum....

       Korang ape khabar?? Harap2 sihat la ye.. Erm..da lame aku x update blog ni..

Erm, ni aku nak share ckit pasal halal haram insurans ni.. Yela, ramai yg sedar psl ni tp ramai jgk yg tak tau.. So ni sbg peringatan untuk diri aku sendiri jgk la..

       Sebagai org Islam, HARAM ambil insurans yg konvensional... xkisah la sameada life or general.. so kepada agen yg beragama Islam khususnya, jgn la suggest n jual yg konvensional kpd client korang.. kalau x, korang pun akan dapat 'saham' skali kt akhirat nnt..kalau boleh, biarlah ape yg kita makan n ape yg kita bg anak, bini n keluarga makan tu drpd hasil yg halal dan berkat.. peringatan buat diri sendiri jgk..

       Untuk pengetahuan korang jgk, riba ni sebenarnya antara dosa2 besar.. so kalau boleh, elakkan lah drpd terlibat dengan riba ni.. Renung2kan dan selamat beramal..

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
munirahsuib@gmail.com
nurmunirah997@prupartner.com.my

Sunday, 22 September 2013

Percutian di Terengganu

Assalamualaikum.

       Hai semua... Erm, da lame rasenye aku tak update pape dalam blog ni kan? Korang ape khabar? Hopefully sihat walafiat la ye. Aku alhamdulillah sihat.. :-)

       Mase cuti hari Malaysia baru ni, aku melawat femly kakak aku kt Terengganu. Kononnya bercuti di Terengganu la kan.huhu. Aktiviti kt sane tak la banyak mana memandangkan aku tiba2 tak sihat bila smpai sane.. So banyak masa aku habiskan melayan anak2 buah aku jela. Tu pun da cukup bahagia n seronok aku rse.

       Tapi Sabtu malam Ahad tu kitorg ada la gi makan steamboat kat  D'GanuCafe . Kat D'GanuCafe ni, mak aih, punya la ramai manusia yang datang. Smua macam aku agaknya. Teruje nak makan sini menandangkan memang ramai yg suggest makan kt sini. Restoran kt sebelahnya tu tak la ramai mana. Semua macam tertumpu pada D'GanuCafe . Murah pun murah. Yela, untuk set 4 orang, RM25 je. Kalau nak dibandingkan dengan KL, memang murahkan? Rasa pun sedap. Cume service kt situ slow sikit la. Tapi kalau korang g Terengganu bole la singgah D'GanuCafe .

       Lagi 1, aktiviti wajib bila balik ke Terengganu, makan petang kt tepi pantai. Macam2 ada. Udang celup tepung, sotong, ikan, keropok, air kelapa, macam2 la. Biasanya aku gi makan dan jalan2 kat Pantai Teluk Ketapang ni. Memang best.

       Banyak lagi yang aku nak share. Tapi nanti dulu la ye. Take care korang. Assalamualaikum.

P/s : Erm, kalau korang ada kemusykilan or nak tanya pape pasal medical card, perlindungan n saving, leh tnya aku ye. :-)

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
nurmunirah996@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

Tuesday, 17 September 2013

Macammana PruBSN Takaful berfungsi??

Assalamualaikum u all's..

       Hehehe..pekabo?? Arini arini Rabu, esok Khamis, luse Jumaat, tulat da cuti da..huhu. So, jangan 'lemau' k?? Jom!!! Wat keje dengan semangat!! Yang penting, Allah jangan lupe.. Berdoa la selalu semoga Allah memberkati hidup kita semue. Amin ya Robbal 'Alamin.

       Erm, aritu aku ada attach kan gambar supaya senang korang paham yg takaful ni mmg penting sebenarnya. Tapi, arini aku nak attachkan video ni supaya korang boleh betul3 faham.. 

       Video ni dalam bahasa Inggeris.. tapi rasenye kalau tak faham English pn, tengok gambar pun da boleh faham kot. Jom kite tengok video ni.

P/s : papehal boleh contact or email aku ye.. ;)


NUR MUNIRAH BINTI MOHD SUIB
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

Wajib tengok!!huhu

Assalamualaikum...

Hai...korang ape khabar?? Hope semuenya sihat.. Amin.. Erm...aku ada video nak suruh korang tgk ni..huhu. InsyaAllah, tak rugi kalau menyimpan dengan PruBSN Takaful..

Dah, jangan buang masa.. Jom kita tengok video ni k?? Renung2kan.. dan selamat beramal..hehe

Jom gi Haji @ Umrah..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

       Semoga Allah memberkati hidup kita semua. Amin.. Aku harap korang tak melupakan kewajipan korang dalam menunaikan solat fardhu tak kira tua atau muda, muslimin atau muslimat, solat itu wajib ditunaikan.. Melainkan perempuan, ada waktu2 tertentunye. Tapi, walau ape pn jadi, pastikan solat fardhu terlaksana k??

       Erm..rukun Islam yg ke-5 adalah menunaikan fadhu haji bg yg mampu. Ok la, aku nak tnye, ape usaha yg korang da buat utk menunaikan rukun Islam yg ke-5 ni? Ada tak simpan tiap2 bulan utk tujuan ni? Kalau ada, alhamdulillah dan tahniah aku ucapkan. Sekurang2nya usaha tu da ada. Tp, kalau korang belum menyimpan lg, elok sangat la kalau disegerakan..

       Bagi yg da menyimpan ni, bila ditanya, majority menyimpan dgn Tabung Haji setiap bulan RM100.. Ada juga yg menyimpan setiap bulan RM50 dalam Tabung Haji.. Alhamdulillah, ramai yg da ada kesedaran tentang simpanan haji ni..

      Erm, kalau korang nak tau, PruBSN Takaful pun ada plan untuk haji dan umrah ni.. Nama plan tu PruBSN Ummah.. So kt sini aku nak cerite sikit la pasal plan ni.. Then depends pada korang la nak menilai macammana.

       Ok, ni pendapat aku la.. Kalau korang bajet nak simpan RM100 setiap bulan,  aku rase better korang simpan setiap bulan dengan Tabung Haji RM50, dengan PruBSN Ummah RM50.. so jumlahnye tetap RM100 kn?? Tau tak kenapa aku suruh wat camtu?? Ok, jom kita bincang same2..dan kita wat perbandingan..

Simpan RM100 : Tabung  Haji

Ali menyimpan dengan Tabung Haji RM100 setiap bulan. Tetapi ditakdirkan Allah, pada tahun ke-5 menyimpan, Ali mengidap kanser hati tahap 3. Ali sudah tidak mampu bekerja dan simpananya dengan Tabung Haji juga tidak bergerak kerana sudah tidak mampu lagi untuk menyimpan dengan Tabung Haji. Oleh itu, anggaran  simpanannya dengan Tabung Haji+ Dividen hanya RM6,700..

TETAPI, jika :-

Simpan RM50 (Tabung Haji) + RM50 (PruBSN Ummah)

Situasi dan jumlah yang sama, cume yg membezakannya adalah tempat simpanannya sahaja. Jom kita lihat ape yg Ali akan dapat.

Dari PruBSN Ummah + Tabung Haji

Apabila Ali disahkan mengidap sakit kritikal, antara yang Ali akan dapat, walaupun jumlah simpanannya dgn PruBSN Ummah dan Tabung Haji(+dividen) hanyalah RM6,300..

Pampasan sakit kritikal : RM10,000
Contributor : Caruman Ali Percuma
Badal Haji : Ditanggung (RM3,000)
Khairat kematian : RM2,000

Apabila sampai tempoh matang, Ali akan mendapat duit simpanan daripada PruBSN Ummah. Ini kerana PruBSN Ummah menanggung caruman yang sepatutnya disimpan oleh Ali walaupun Ali sudah tidak mampu lagi. Untung kan? Kan?? Kan?? Sekiranya berlaku kematian juga Ali akan mendapat pampasan RM20,000..dan pampasan itu akan menjadi 2x ganda sekiranya kematian berlaku ketika sedang mengerjakan haji atau umrah.

Selain dari tu, simpanan Ali dengan Tabung Haji juga tetap ada..dan sekiranya Ali tidak menggunakan duit simpanan dalam Tabung Haji, Ali layak mendapat dividen setiap tahun.

Banyak mende lagi aku nak membebel ni tp tak perla, lain kali jela.. Kesian korang nanti boring bce panjang2.huhu..

Ok la, papehal korang boleh contact or email aku ye.. Sayonara.. Assalamualaikum

NUR MUNIRAH BINTI MOHD SUIB
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

Monday, 9 September 2013

LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA..

Assalamualaikum..

       Hmm..korang tau tak ape maksud tajuk tu??? Haa...maksudnye, Jangan Bersedih, Allah Bersama Kita.

       Masa aku gi kuliah maghrib aritu, ustaz ada bagi ceramah berpandukan buku La Tahzan ni la. Tapi sori la..aku lupe nak catit name ustaz tu.. aku lupe. Macam biase, aku dengar kuliah maghrib tu kt Surau Annur, Bandar Baru Bangi.

       Mase tu ustaz bagi penerangan untuk tajuk 161 dan 162.. Untuk tajuk 161 tu, ape yang sempat aku salin tak banyak pun,tapi boleh la nak belajar sikit2 ..... :-

1) Allah makbulkan sesuatu doa itu dengan 3 cara :
     * Allah makbulkan ape yg kita minta
     * Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik
     * Allah makbulkan di akhirat nanti

So, kalau ape yang kita doa tak dapat, jangan sedih.. husnuzon.. pikir baik.. mungkin Allah nak gantikan dgn yg lebih baik or mungkin Allah akan makbulkan di akhirat nanti.

2) "Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba2Nya?? Dan mereka (orang2 musyrik) menakuti2 kamu dengan (sembahan2) selain Allah." Surah Az Zumar,36

Maksudnye,kite kena yakin dan berharap hanya pada Allah..bukan mende lain..hanya Allah..

3) Rasulullah SAW bersabda, "jadilah hamba Allah yang terbunuh, dan jangan lah jadi hamba Allah yang membunuh"

*Haaa..utk yang ni, aku nak bagi 1 pepatah yang salah, dan sangat tak sesuai digunakan terutama oleh umat Islam. "Revenge is nice and great" .. sebagai umat Islam, tolong la jangan ambil iktibar dari pepatah tu. Igt sabda nabi!! "Jangan lah jadi hamba Allah yang membunuh"

4) Sesungguhnya seorang muslim itu memiliki prinsip, risalah, & ketentuan yang lebih agung dari hanya sekadar balas dendam, benci & dengki.

       Untuk tajuk 161, tu je yang mampu aku kongsikan ye.. ok,jom kita tgk tajuk 162 pulak. Tajuk 162 ni berbunyi, kekurangan boleh saja menjadi suatu kesempurnaan

       Ramai yang bersedih atas kekurangan yang ada. Jangan bersedih....kerana kekurangan boleh menjadi kesempurnaan.

       Kalau kita tengok, ramai ulama seperti 'Atha Said bin Jubair, Qatadah Al-Bukhari, At-Tirmidzi dan Abu Hanifah hidup dengan perasaan tenang walaupun pada asalnya mereka adalah hamba.

       Setiap orang pasti ada kekurangan masing2.. jangan sedih atas kekurangan itu. Sebaliknya kita kena selalu bersyukur kerana Allah akan beri apabila kita berasa syukur.

       Selain itu,kita juga perlu berdoa supaya tanamkan sifat qanaah. "Jika kamu bersyukur(atas nikmatKU, nescaya akan Ku tambahkan (nikmatku) kepada kalian" surah Ibrahim,7.

       Korang nak tau tak, bukan masak je yang ada resepi... Nak tukarkan kesedihan,kegelisahan kepada kegembiraan pun ada resepi nya... Nak tau?? Ok...

1)Sembahlah Allah yang Maha Pencipta
2) Terima lah qada' yang Allah tentukan.
3) Zuhud lah dengan apa yang telah Allah bagi.
4) Pendekkan angan2.. :)

       Sedar tak, manusia ni...rasa rugi sangat kekurangan diri tapi tak pernah merasa beruntung dengan kelebihan diri.

"Barangsiapa yang bangun pagi, akhirat adalah tujuannya, maka Allah akan permudahkan urusannya. Tetapi sebaliknya, barangsiapa yang bangun pagi, dunia adalah tujuannya, maka Allah akan merumitkannya."

       InsyaAllah setakat tu je yang mampu untuk aku share kuliah maghrib ni.. semoga kita sama2 ambil manfaat daripadanya.

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com 

Antara ASET dan LIABILITI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

       Apa khabar?? Harap korang sihat la..huhu. Sebelum tu, jom kite sama2 ucapkan alhamdulillah sbb Allah masih beri peluang kepada kita untuk hidup dan beribadat kepadaNya.. alhamdulillah..

       Erm...harini aku nak cerite sikit pasal kerja lama aku dan kerja yang aku wat sekarang.. Sangat2 berbeza.. Dulu, aku kerja di sebuah bank di Putrajaya.. Kerja aku adalah cari orang untuk buat personal loan dan ASB loan.. Sekarang kerja aku, membantu orang utk menyimpan dengan takaful..

       Nak tau ape beza nya?? Dulu kerja aku menambahkan liabiliti orang..tapi sekarang kerja aku, bagi aset kat orang.. Korang tau tak ape itu liabiliti dan ape itu aset?? Ok, secara ringkasnya, liabiliti tu adalah tanggungan dan aset itu adalah harta.. So, kalau diberi pilihan antara tanggungan dan hara, mane yang korang nak pilih??hihi.. Korang sendiri tau jawapannya kan??

       Kenapa aku kate kate kerja aku dlu menambahkan liabiliti..?? Ok, korang sedar tak sebenarnya orang yang buat loan ni bukan menguntungkan tapi merugikan.. ok,jom kita kire kalau wat loan..

Siti, 26tahun

Loan : RM50,000
Tenure : 20years
Payout : 97% (without insurance)
Insurance : RM500
Monthly installment : RM369
Interest : 3.69%

:- means jumlah yang die dapat adalah
RM50,000 - RM1,500(3% payout) - RM500(insurance)
=RM48,000

Berapa yang die bayar??jom kita kire..

RM369 x 12 bulan x 20tahun
= RM88,560

Almost 2x ganda!!!! Bukan ke itu sgt2 membebankan?? Da la dapat pn tak sampai RM50,000..

       Fuhhh...membazir2..tapi yang lagi menyedihkan, dulu client aku yang nak pinjam ni, hampir 60% daripada tu pinjam dengan tujuan untuk bayar bil perubatan orang tersayang.. Dulu aku tak terase sangat tapi bila aku da kerja takaful ni, aku teringat balik, kesian sgt dengan diorang.. kalau ada medical card kn senang.. tak yah nak wat pinjaman.. :-(

       Alhamdulillah kerja aku sekarang ok..bagi aset kat orang..nak tau kenapa aku kate bagi asset?? Sebab plan takaful ni skali dgn investment.. kalau tak pernah clain skali pun, saving tetap kite akan dapat.. 3 in 1.. 1st dapat perlindungan, 2nd dapat medical card n 3rd dapat saving.. kan untung tu.. :) kalau umur bawah 30, 150 pun da boleh lepas tau.. so rugi sgt2 siapa yang tak menyimpan dengan takaful ni..

Nak tau detail?? Leh call or sms aku untuk set appointment..

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

Betul ke takaful tu mahal?? Jom kira..

Assalamualaikum..

       Ramai yang bagi alasan tak nak menyimpan dengan takaful sebab mahal.. betul ke?? Bagi aku, teramat lah salah kalau ada yang berpandangan sebegitu.huhu. Nak tau kenapa?? Dulu masa aku kerja di sebua bank di Putrajaya, kerja aku cari orang untuk buat personal loan dan ASB loan..

       Lepas aku wat kira2, kalau diberi 2pilihan, antara asb dgn takaful, aku akan pilih takaful dulu, then kalau ada duit lebih, baru menyimpan dgn ASB. Jom, kita kira sama2. Tapi untuk bagi korang lebih faham, aku bagi situasi k?? Jom, check it out!!!

       Siti, 26tahun mula menyimpan setiap bulan RM150, didalam ASB sejak die beumur 18tahun lagi. Setiap tahun die akan dapat dividen dalam 8-10%. Satu hari, dia disahkan menghidap sakit jantung dan perlu lakukan pembedahan yang memerlukan kos dalam RM40,000- RM50,000. Jom kire berapa simpanan yang die ada??

Simpanan ASB : Selama 8 tahun (dengan anggaran dia langsung tak pernah keluarkan duit dalam ASB)

Tahun 1

RM150 setiap bulan x 12bulan = RM1,800

Dividen : RM1,800 x 9% = RM162

Jumlah simpanan tahun 1 :
Jumlah simpanan + Dividen =
RM1,800 + RM162 = RM1,962

Tahun 2

RM150 setiap bulan x 12bulan = RM1,800

Dividen : [RM1,800 + RM1,962(Simpanan tahun sebelumnya)x 9% = RM338.58

Jumlah simpanan tahun 2 :
Jumlah simpanan + Dividen =
RM3,762 + RM338.58 = RM4,100.58

Tahun 3

RM150 setiap bulan x 12bulan = RM1,800

Dividen : [RM1,800 + RM4,100.58 (Simpanan tahun sebelumnya)x 9% = RM531.05

Jumlah simpanan tahun 3 :
Jumlah simpanan + Dividen =
RM5,900.58 + RM531.05 = RM6431.63

       Setelah dikira sehingga tahun ke 8, jumlah simpanan Siti dengan ASB, RM22,000. Masih belum cukup kan?? Ok kita cari sumber lain pulak...

Simpanan dalam bank : RM8,000
Bantuan keluarga, rakan2, dll : RM10,000

So, jumlah yang ada :
RM10,000 + RM22,000 + RM8,000
= RM40,000!!!

       Nampak tak???dah macam2 usaha, tapi yang ada cume RM40,000.. Lagi 10,000 tak cukup.. tu belum masuk lagi kos ubat2an, kos tanggungan lain.. Mane nk cekup duit banyak2 ni..?

Jangan risau..jom kita tengok kalau menyimpan dengan takaful pulak..

Menyimpan dengan takaful, RM150 setiap bulan, bermule dari umur 18tahun..

RM150 x 12bulan x 8tahun = RM12,800

Tapi apa yang Siti dapat??

Pampasan Kematian : RM40,000
Pampasan sakit kritikal : RM10,000
Pampasan kemalangan dan cacat kekal : RlRM20,000
Kad perubatan : RM600,000 TANPA ko takaful
Elaun hospital : RM150/day
Elaun pembedahan : RM2,500-RM12,500 per procedure
Elaun ICU : RM100/day
Komplikasi kehamilan : RM6,000
Penjagaan jururawat dirumah : ditanggung sepenuhnya (180hari seumur hidup)
Bantuan perubatan kecemasan seluruh DUNIA : Ditanggung sepenuhnya
Contributor

       Contributor means kalau berlaku sakit kritikal atau kemalangan yg menyebabkan cacat kekal, Siti akan dapat pampasan dan RM150 yang di simpan setiap bulan akan ditanggung sepenuhnya oleh PruBSN Takaful.

       Bayangkan, walaupun dah tak mampu nak bekerja, tapi simpanan tetap berjalan seperti biasa walaupun Siti dah stop menyimpan. Untung kan???

       Cube bandingkan RM150 yang disimpan setiap bulan dengan benefit yang dapat....betul ke rugi??? I dont think so...

Renung2 kan dan selamat beramal..

Sekian. Terima Kasih..

Assalamualaikum

Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

KEMALANGAN MERAGUT 4 NYAWA SEKELUARGA..

Assalamualaikum semua..

       Macam biasa, setiap petang aku akan jemput adik aku kat sekolah.. Dan macam biasa jugak, setiap kali balik dari sekolah, macam2 dia akan cerita.. pasal sekolah, kawan2, cikgu2, macam2 la.. Biasa la..budak2 kan. Memang macam tu..

       Tapi harini, dia cerita pasal Ustazah sekolah dia kemalangan. Maut sekeluarga. Ustazah Rohaya, dan 3orang anaknya meninggal di tempat kejadian. Apa yang lebih menyedihkan, ustazah tu mengandung. Suami kepada arwah juga cikgu SKBBB Jalan 2 sesi pagi, iaitu Ustaz Taufiq. Ustaz ni mengajar adik aku di sekolah.

       Diharapkan Ustaz Taufiq dan anaknya, Nabila Al Husna,10tahun tabah dan kuat menghadapi dugaan. Mari lah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Al-Fatihah..

     

Dunia & Akhirat ibarat Laut & Perahu..

Assalamualaikum..

      InsyaAllah kali ni aku nak share sedikit ilmu yang dapat belajar mase hadiri kuliah dhuha khas untuk wanita. Kuliah dhuha ni mmg setiap hari Ahad ada..start kul 9.30 pagi kt Surau Annur, Bandar Baru Bangi.

      Ustaz Mohktar banyak menceritakan tentang dunia dan akhirat. Antara kate2 beliau yg kita boleh ambil iktibar dan pengajaran........ :-

1) Masuk ke kubur tanpa bekalan ibarat berlayar mengharungi lautan tanpa  bekalan.

2) "Jangan kamu sibuk dimuka bumi melainkan mengumpul bekalan" Abu Bakar As Siddiq

3) Orang yang mati sangat memerlukan pertolongan dari orang yang hidup. (Doa, sedekah, ziarah kubur)

4) Bertaqwa lah bagi mereka yang mempunyai akal fikiran. Kerana dengan taqwa, maka datanglah segala keseronokan untuk melakukan ibadat

5) Syaitan & iblis datang mengikut keimanan seseorang itu.

6) Siapa yang takut akan Allah, maka Allah akan jadikan makhluk takut akan dia.

7) Sebaik2 manusia adalah orang yang tidak mengenepikan dunia tetapi menggunakan dunia untuk mendapatkan dan mengumpul bekalan akhirat.

8) Kita perlukan harta untuk meninggikan akhirat.

9) Dunia dan Agama ibarat laut dan perahu. Tanpa lautan, perahu tidak boleh bergerak.

10) Terlalu memikirkan dunia salah satu sebab menggelapkan hati.

11) Sekiranya lebih dari 3hari tidak hadir ke majlis ilmu boleh mati hati. Cara nak tau hati dah mati, tak suka dengar ilmu akhirat.

12) Dunia ibarat burung merpati. Makin kita kejar, makin ia lari. Tapi kalau tak kejar, burung merpati akan datang sendiri.

13) Ada 3 golongan dalam dunia ini iaitu :
     - CARI DUNIA : Utamakan akhirat, tapi mencari dunia
     - CINTA DUNIA : Dahulukan dunia, akhirat kemudian
     - GILA DUNIA : Utamakan dunia, tinggalkan akhirat

14) Memikirkan akhirat, mencerahkan hati.

15) 4perkara yang menipu kita adalah :
     - DUNIA
     - SYAITAN
     - MANUSIA
     - NAFSU

16) Takziah adalah ucapan yabg boleh menenangkan dan menyabarkan seseorang.. bukannya cakap, "takziah la ye"..

     Aku tak reti nak berceramah tp mase kuliah tu, ni je yg mampu aku catit. Buat peringatan aku dan semua.

Waahh...banyak pilihan woo..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

       Aku nak share sikit pasal pelan perubatan yan terbaru dari PruBSN takaful.. namenya Health Enrich tp dalam Health Enrich ni ada 4 pelan.. means nanti boleh la pilih nak pelan yang mana.. ikut budget..

       4 pelan yang ada, Health Enrich Vital, Health Enrich Select, Health Enrich Advance dan Health Enrich Premium.

       So, nak memudahkan cerite, kat sini aku attachkan link untuk Health Enrich ni.. dalam link ni hanya pasal Medical Health Enrich sahaja.. tak termasuk benefit lain sperti pampasan kematian, saving, dan lain2..

So, jemput2 la bace k?? Papehal korang boleh komen or contact aku.. jangan takut..aku tak makan orang..hehe.

Sekian, terima kasih..

NUR MUNIRAH BINTI MOHD SUIB
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

Betul ke rugi kalau ambil takaful tapi tak pernah claim?

Assalamualaikum...

       Erm..arini aku nk cite ckit pasal orang yang amek takaful tapi tak pernah claim.. yela,sbb semalam aku jumpe sorang akak ni..aku cite pasal penting nye takaful..da mmg tanggungjawab aku cite psl ni kat orang kn..

       Tapi kan, lepas aku cite macam2, die balas, "akak rase rugi dan buang duit kalau akak ambil takaful ni..sebab akak jarang sakit..lagipun rase macam tak berbaloi..sbb kalau sakit, hospital kerajaan ada..baik masuk hosp kerajaan je.jimat duit..tak yah bayar takaful tiap2 bulan,pastu kalau tak guna,rugi,membazir.."

       Bila aku dengar jawapan akak tu, dua je perasaan aku mase tu.. terkejut dan kesian.. 1st terkejut sbb tak sangka sampai macam tu skali pandangan die pasal takaful.. kesian sbb die tak faham konsep takaful yang sebenar n kesian sbb tak de orang fahamkan die sebelum ni..

       Lepas daripada tu, die terus pergi sbb ada meeting katenye..xperla, next time aku try jumpe die lagi untuk fahamkan die..tapi kepada akak tu dan kepada semua yang berfikiran macam akak tu, meh sini aku nak cite kenapa aku kate ape yang akak tu pikir sebenarnya salah..totally different!!

      Ok, sebelum tu, aku nak mintak maaf kat akak tu, sekiranya akak terbace entry ni, mohon jangan terase ye kak..tujuan saya untuk berkongsi ilmu.. langsung tak de niat untuk memalukan akak atau sesiapa..

       Sebenarnya, kalau korang ada takaful tapi tak pernah claim, tak rugi pape pn..sebab pelan yang  aku explain kat orang selama ni adalah pelan investment link..so kalau korang tak pernah claim skali pun, sekurang2nya korang ada saving.. jaminan untuk masa persaraan korang nnt or pendidikan anak2.. so ape yang ruginya??

     Lagi 1, pelan yang aku cerite selama ni adalah takaful..menepati syariah compliance..so, cube korang fikir, kalau dah 10tahun korang menyimpan dalam takaful, da berapa ramai orang susah da yang korang tolong.. dalam tak sedar, korang boleh kumpul pahala bila menyimpan dalam takaful.. korang nak pahala tak?? Aku nak... xtau la kalau korang tak nak kn.hehe.

       Pastu, dari segi medical pulak, kalau korang sihat alhamdulillah, tak pernah claim, PruBSN Takaful pun ada bagi bonus dan bonus yang diberi tu akan masuk dalam saving.. so nnt bertambah2 lagi la saving korang..kan?

       Lagi 1, korang kena menyimpan dengan takaful ni.. yela, aku nak ingatkan je, sbb kalau da sakit baru nk amek, mana2 syarikat takaful pun tak kan terime.. kalo sihat pun tapi da berumur, mahal la plk..kalau ambil muda2 murah sikit.. agen boleh cari orang yang sihat untuk ambil takaful tp orang yang sakit, tak kan ada satu pun syarikat takaful yang nak terime..

       Seriously, memang tak kan rugi kalau menyimpan dengan takaful ni.. So, renung2kan dan selamat beramal..hehe

Nur Munirah binti Mohd Suib
013- 253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
munirahsuib@gmail.com

Thursday, 5 September 2013

Kakitangan KERAJAAN tak perlukan medical card????

Assalamualaiakum..

hai...korang ape khabar.. haa...arini aku nak bagi contoh sikit untuk tajuk ni.. sebab aku tengok ramai sangat kakitangan kerajaan yang bagi alasan macam ni bile aku nak cite pasal plan takaful dan medical card ni.. tak sedar2 jugak.. pelik aku..huhuhu. ok, ni aku nak bg contoh yang real punya kenapa orang kena ada medical card.. even doktor pakar skali pun kena ada medical card taw.. tu yang aku tak paham bile orang biase yang keje kerajaan n swasta ni tak nak ada medical card.. pastu bila da sakit, mula la mintakayuan kat sana sini sebab nak tanggung kos perubatan... tambah2 bila minyak da naik ni...pasni makin tinggi la kos perubatan yang kena tanggung..

Haaa..meh sini aku attach kan gambar.. korang nilai la sendiri.. ni cite betul taw.. bukan main2..

                                       

Korang nampak tak?? kalau tak nampak, meh sini aku taip balik ape yang surat ni tulis..

"Per : MEMOHON BANTUAN PERUBATAN

Adalah saya ----------- Bte --------------- CIMB Bank Berhad, Auto Finance, Jalan Ibrahim, Johor Bahru (ID:------) ingin memohon jasa baik pengurusan iaitu, CIMB Bank Berhad untuk membantu pembiayaian kos rawatan suami saya yang telah disahkan mengidap Penyakit Kanser Lympoma. Suami saya adalah seorang kakitangan kerajaan yang bertugas sebagai anggota polis. Beliau sebenarnya boleh mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan tetapi malangnya Hospital Kerajaan telah memaklumkan bahawa jenis ubat yang digunakan oleh suami saya tiada.

Penyakit beliau telah disahkan oleh pihak Hospital Pakar Johor pada 31/03/2008. Sekarang ini suami saya sedang menjalani rawatan susulan yang telah ditetapkan oleh pihak Hospital Pakar Johor dari masa ke semasa.
Untuk maklumat pihak pengurusan kos pembiayaan bagi rawatan pertama, kedua dan ketiga telah ditanggung oleh pihak Insuran suami saya. Tetapi pihak Insuran tidak dapat menampung keseluruhan rawatan kerana jumlah tuntutan telah digunakan sepenuhnya. Oleh itu saya telah menggunakan wang simpanan untuk menanggung rawatan selanjutnya.

Untuk maklumat pihak pengurusan rawatan kimotherapy ini memerlukan kos yang jumlahnya tidak kurang daripada RM5000.00 bagi satu rawatan. (tidak termasuk ubat-ubatan anti cancer yang dibekalkan oleh pihak doctor dari masa ke semasa.)

Anggaran kos rawatan ini sangat tinggi. Saya tiada pilihan dan akan berusaha untuk merawat penyakit suami saya sehingga sembuh. Saya juga mempunyai tiga orang anak yang masih ersekolah (antara 7 hingga 12 tahun) yang memerlukan pembelanjaan harian. "

Haaa...sekarang ni aku nak tanya korang lagi, betul ke medical card ni tak payah ada pun tak per?? haa..pandai2 la korang pikir sendiri yer.. 

So, ni no tel aku.. kalau ada pape nak tanya boleh la call aku.. 013-253 8738
tak pun email la aku kt pprudential.takaful@gmail.com atau kt email nurmunirah997@prupartner.com.my

Tuesday, 3 September 2013

Alamak!! Minyak naik!!?? Tak boleh ambil Takaful!!

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Korang ape khabor?? Harap2 sihat la ye?? Aku arini alhamdulillah sihat.. Cume semalam je kurang sihat..kena cherry berry..hehe.. So arini boleh la bekerja seperti biase.. :)

Aduhh...sehari dua ni,kt facebook, almost 90% member aku update status pasal harge minyak naik 20sen/liter.. malam tu aku pn salah sorang dari ramai2 yang beratur panjang nak isi minyak kete.hehe.. Hmm..nampaknye lepas ni harge barang2 keperluan lain pn ada harapan nak naik..yela, semue tu perlukan pengangkutan.. pengangkutan perlu kn minyak petrol.. hmm..meningkat lagi kos hidup lepas ni..

Jangan kn barang2..pasni tak mustahil kos perubatan pn akan meningkat.. OMG!!!!! Mesti mahal!!! Tapi jangan risau...sebab setakat ni PruBSN Takaful tak meningkat pun premium nya..

Cube korang pikir, bila minyak,barang2 dan kos perubatan da meningkat, sebenarnya tu tanda korang kena cepat2 ambil plan perlindungan dan medical dari PruBSN Takaful.. bukannya jadikannya sebagai alasan untuk elak dari ambil pelan perlindungan takaful.. Ambil yang minimum pun jadi la.. sekurang2nya dah ada coverage medical card RM500,000!!!

Ok2..kalau korang tak faham lagi, meh aku bagi situasi... Erm..

Situasi 1  : Tiada Medical card tetapi ada company coverage

Ahmad mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.. mempunyai seorang isteri dan 2orang anak. Setiap kali cuti,ahmad pasti akan meluangkan masa bersama keluarga nya.

Suatu hari,Ahmad disahkan mengidap sakit buah pinggang. Sebelah kiri buah pinggangnya dah rosak dan tak boleh guna lagi dan sebelah lagi dah kotor. Doktor menasihatkan Ahmad supaya menjalani rawatan dialysis setiap minggu secepat mungkin.

Ahmad memohon dengan tempat dia bekerja untuk tanggung kos perubatan di hospital swasta memandangkan di hospital kerajaan terlalu ramai dan dijangkakan perlu menunggu lagi 5bulan.

Alhamdulillah company tempat Ahmad bekerja menanggung semua kos perubatannya. Tetapi, rupanya company coverage ada limitnya. Baru 3kali sesi dialysis, die mendapat surat menyatakan die diberhentikan atas alasan sudah tidak produktif dan sebagai ganjaran, Ahmad diberikan pampasan.

Ahmad menggunakan pampasan itu untuk menanggung kos perubatannya tetapi ternyata ianya tak cukup. Ahmad sudah tidak mampu berkerja. Disebabkan itu, isterinya terpaksa bertungkus lumus melakukan pelbagai kerja untuk menanggung kos perubatan Ahmad.

Nampak tak kesan, dan akibat sekiranya tidak mempunyai Plan takaful sendiri?? Walaupun ada company yg boleh tanggung kos perubatan, tapi sampai bila?? Agaknya da pencen pun company boleh cover lagi tak?? Tak pun, cuba korang pikir,kalau korang sendiri jadi bos kt company tu, nak ke korang kekalkan pekerja yang dah tak produktif, tak boleh bekerja, tak boleh bagi keuntungan pada company, tapi kerap mintak claim perubatan. Korang jawab la sendiri.

Sebab tu la sgt penting ada plan takaful sendiri punya. Bukan yg company cover je. Paham tak?? Ok,jom kita tgk situasi yg ke 2 pulak.

Situasi 2 : Tak de medical card dan company tak cover.

Ahmad mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.. mempunyai seorang isteri dan 2orang anak. Setiap kali cuti,ahmad pasti akan meluangkan masa bersama keluarga nya.

Suatu hari,Ahmad disahkan mengidap sakit buah pinggang. Sebelah kiri buah pinggangnya dah rosak dan tak boleh guna lagi dan sebelah lagi dah kotor. Doktor menasihatkan Ahmad supaya menjalani rawatan dialysis setiap minggu secepat mungkin.

Disebabkan Ahmad tiada perlindungan takaful dan medical, beliau terpaksa ke hospital kerajaan untuk membuat rawatan dialysis. Tetapi disebabkan terlalu ramai yang memohon rawatan dialysis, doktor jangkakan rawatan boleh dibuat dalam masa 5bulan lagi. Kalau nak cepat kena pergi ke hospital swasta.

Ahmad tiada pilihan kerana dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk menanggung kos perubatan di hospital swasta. Disebabkan keadaannya yang semakin teruk, tetapi tidak membuat sebarang rawatan dialysis, ditakdirkan Allah,ajalnya tiba sebelum sempat melakukan rawatan dialysis.

Ahmad meninggalkan isteri dan anak-anaknya tanpa sebarang wang untuk melangsaikan hutang2nya. Akibatnya, si isteri terpaksa bekerja keras untuk menanggung segalanya.

Pilihan di tangan korang. Pilihlah samada nak tinggalkan orang tersayang dalm keadaan yang susah atau pun senang.

Sepatutnya,setiap kali dapat gaji,korang kena asingkan siap2 duit untuk simpanan plan perlindungan..

Same jugak bila minyak da naik ni, lagi korang kena ambil pelan takaful ni cepat2. Tu pun kalo korang rase sayangkan keluarga korang la. Sekurang2nya kalo jadi pape tak de la korang biarkan keluarga korang dalam keadaan meminta2.. duit gaji,kalau berkat, in sha Allah gaji RM1,000 je pn cukup, dan boleh asingkan untuk ambil pelan takaful.

Yang penting kerja kita kena ikhlas dan bersungguh2.  :) so kalo berminat, boleh la roger2 n hubungi aku kat 013-253 8738. Tak pun email je kat munirahsuib@gmail.com.

Banyak lagi aku nak cerita tapi nanti2 la ye. Bubye.. Assalamualaikum. ;)

Sunday, 18 August 2013

Kenapa kena ada takaful awal2??

Assalamualaikum..

Haaa...korang semue ape khabar?? Hope semua ny sihat setelah beraya sakan..hehe. Aku pn beraya sakan tahun ni..huhu. tapi macam biase, tak dapat duit raya..huhu

Sebenarnye hidup ni,penuh dgn risiko...kt mana2 pn ada risiko.. risiko kemalangan, penyakit, kematian...bak kate astro tu,macam2 ada la..huhu

Tp cube korang fikir secare logik...antara org kanak2, remaja (org muda) dan org tua, mana yg lebih tinggi risiko nye??of course org tua..terutama dari segi risiko penyakit...

Haaaa..sbb tu la,takaful ni,makin tua,makin mahal premiumnyee..dan yg lebih penting,org sihat je yg boleh amek.. erm,so...korang rase korang tau tak bile korang akan sakit??bila korang akan meninggal??kalau korang tau,mmg aku tabik springg kt korang..huhu.

Macam dalam gambar ni,semuanya budak2.. hepi je diorg...sebab tu bdk2 tak kena sakit darah tinggi..seronok kn kalo jadi budak2?? Tak de masalah nak kne pikir.. sbb tu kalau amek takaful dr muda,kanak2, premium lebih murah.. so,tanggungjawab ibu bapa utk sediekn perlindungan utk anak2 dr anak2 tu bayi lg.. tp sebelum ambil utk anak, seharusnye parent pn ada perlindungan juga..

Ape yg penting,ketua keluarga yg perlu ada perlindungan takaful.. tau x kenapa?? Haaa..sebabnye..

1) sbb utamanya takaful ni ikut syariat Islam...

2) wahai bapa2, ayah2, ketua2 keluarga sekalian...cube korg pikir, sanggup ke korang tinggalkan anak bini dlm keadaan terpaksa menanggung segala hutang piutang korang?? Kereta korang,perbelanjaan anak2, perubatan anak bini, pinjaman korg kalo ada..macam2 lagi la..sekurang2nya,kalau ada takaful, ringan beban yg ditanggung oleh isteri korang..

3) mmg dah ada dalam surah al-baqarah ayat 240, maksudnye bila korang tinggalkan anak bini,hendak lah tinggalkan perbelanjaan utknye mereka selama setahun..means kalo perbelanjaan sebulan RM2000, korang kena tinggalkan RM24,000.. korang ada tak banyak tu???

4) takaful ni salah satu platform utk kumpul pahala..takaful ni menepati syariat Islam.. let say korang da ada takaful selama 10tahun tp korang langsung xpernah claim..alhamdulillah korang sihat walafiat.. tp korang jangan la rase rugi n anggap seperi buang duit ambil takaful ni.. cubakorang fikir,selama 10tahun yg korang menyimpan dgn takaful ni, ntah da berapa ribu org da korang tlg.Padahal sebenarnya korg xkenal pn diorg tu..kn? kn? Kn? tp disebabkan korg menyimpan dgn takaful,scr xlangsung da ramai org yg kotang tlg sebenarnye.. subhanallah.. tgk,mcm2 care ada nak kumpul pahala ni.. Manade org yg tak nak kumpul pahala..smue org nak kn??

Kalau ikutkan banyak lagi sebab2nya..tp xperla..nnt aku cite lg.. kalo nk aku cite lg detail,jom r jumpe..set appointment..

Nur Munirah
Wealth Planner
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
pprudential.takaful@gmail.com

Thursday, 1 August 2013

Health Enrich Vital

Assalamualaikum semue..

Semoga u all sihat walafiat dan dikurniakan kesihatan yg sempurna ye. Amin.. insyaAllah.. Alhamdulillah dah 24 Ramadhan ni kita masih ada peluang untuk beribadat dan bertaubat.. syukur ya Allah..

Haaa...kt sini aku ada attachkan gambar benefit yg kite dpt utk Health Enrich Vital..tp sebelum tu, aku nak ingatkan korang,plan ni untuk yang berumur 30 thn kebawah sahaja ye.. :)

Selain daripada benefit yg ada dalam gambar tu, boleh jgk nak add on benefit lain.. chewahhh...mcm kfc plk nak add on bagai..hihi.

Renung2 kan la ye..sbb kita ni bukannya tau bile kte sakit or mati..so bersedia la dari awal.. smg Allah merahmati & memberkati hidup kita semua. Amin..

Nur Munirah binti Mohd Suib
Wealth Planner
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
pprudential.takaful@gmail.com

woww!! alhamdulillah



Currently investment & payout tabarru PruBSN Takaful mencanak... Ada excess keuntungan bg ke pencarum & pnyimpan dlm dana2 PruBSN... This news brought by Utusan the past 1 week... Take this opportunity to invest & with protection. & the most important is Syariah compliance fund... 3 in 1... 

Nur Munirah binti Mohd Suib
Wealth Planner
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
pprudential.takaful@gmail.com
PruBSN Takaful

Health Enrich



Assalamualaikum....

Korang sihat tak? kalau sihat, syukur alhamdulillah.. ermm...sebelum kita go through dengan ape yg aku nak cite ni, jom kita same2 ambil masa dalam 2-3 minit, bersyukur kerana telah diberikan nikmat yg terlalu banyak dan beristigfar atas segala dosa yang telah kita lakukan...

Alhamdulillah...Allah masih memberikan aku kesihatan untuk hidup dan beribadah kepadaNYA.. Last week PruBSN aku ada gi training berkenaan produk baru dari PruBSN Takaful.. ingat ye.. Takaful.. bukan Konvensional.. maaf ye... aku memang tak jual produk konvensional...

Nama produk baru ni Health Enrich (HE).. HE ni ada banyak plan taw.. depends pada keperluan dan kehendak orang la..ada 4 plan semuanya.. Vital, Select, Advance dan Premium.. tapi yang menariknya aku nak bgtau ni, sape2 yang nak medical card, kurang berkemampuan tp masih muda, masa ni la korang boleh apply HE Vital ni...benefit lebih kurang Medical Card je..

Dan sesiapa yg duit nya melimpah2, ada medical card tp nak extra service...boleh la apply HE Premium.. benefits yg akan dapat,perghh!!! serius, terbaeekk punyeee!!! Haaa..kalo nak tau detail, boleh la set appointment.. better jumpa la..sebab kalo dalam telefon or email ni takut ada salah faham plk kn..kang nanti aku explain pasal tembikai korang faham pisang pulak..hihihi. jangan marah ye..hidup mesti ceria!! :)


Nur Munirah binti Mohd Suib
Wealth Planner
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
pprudential.takaful@gmail.com
PruBSN Takaful

DAPAT BISKUT RAYA.. :)


Assalamualaikum...hehehe.jangan jelez... 25/7 aritu aku ada submit kes..pastu Prudential bg gitf..biskut raya.. tp macam yg korang tangok dalam gambar tu la.. sikit je.. xbanyak pn..hehe.. erm...semua agen yang submit kes akan dapat biskut raya.. erm..best kan?? dapat yg biskut choc chip.. my favourite!!! hihi

hehehe..saje je nak share.. :p k la..aku nak ucapkan selamat menyambut 10 Ramadhan terakhir n Selamat Hari Raya Aidilfitri.. aku doakan korang semua bahagia dunia akhirat dan dikurniakan kesihatan semoga dapat beribadah dengan tenang.. insyaAllah.. amin..


Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
nurmunirah997@prupartner.com.my
pprudential.takaful@gmail.com (jgn pelik taw..mmg double p.hihi)
PruBSN Takaful

Antara PAGAR dan GRILL...???




Haa...mesti korang rase pelik kan kenapa ada gambar pagar n grill ni.. aku bukan nak jual rumah taw... tp kalo insurans utk rumah tu boleh je.. tapi!! sekarang ni aku bukan nak cite pasal insurans rumah.. aku nak cite pasal lain ni....nak tau tak?? kalau tak nak pun aku nak cite jugak..hihihi.

Ok, aku nak tanya korang.. antara pagar dan grill, mana lagi penting??korang sendiri tau jawapannya kn?? so tak yah bgtau aku, jawab sendiri k??hihi.. so sekarang ni sebenarnya aku nak cerita perumpamaan kepada segelintir orang yang sangat dan kurang mengerti kenapa medical card peribadi tu sangat penting?

Tak dinafikan, terlalu ramai kakitangan kerajaan yang berfikir medical card ni tak penting.. aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri.. pengalaman berjumpa dengan kakitangan2 kerajaan ni.. kawan2 aku pun kebanyakannya lalui pengalaman yg sama..bila jumpa ramai yg jawab, "tak perla, tak minat.. saya kerja kerajaan..kerajaan tanggung" atau jawapan lain (jawapan ni byk diterima dari pekerja syarikat swasta) "oh,tak per..company saya kerja sekarang memang dah ada medical card dan cover untuk seisi keluarga".

Niat aku ni sebenarnya nak menolong...so, untuk bagi mudah faham, aku bg perumapamaan jela.. pagar tu ibarat seperti medical card company n hospital@klinik kerajaan... grill ibarat medical card persendirian..

Bila ada rumah sendiri, sebelum pindah masuk, ape yg kita buat dulu?? ramai yg jawab basuh rumah la, pasang langsir la, itu la, ini la...hehehe. tp sedar tak??hakikatnya,perkara pertama yg kita buat adalah memasang grill.. demi keselamatan rumah, harta dan seisi keluarga..sebab tak cukup kalau sekadar pagar je.. bila ada grill kita akan rase lebih selamat.. betul x?? selebihnya kita berserah pada Allah..kita hanya berusaha.. Allah yg menentukan segalanya..

panjang lagi aku nak cerita ni.. tapi tak perla.. lain kali.. tapi sebelum tu, aku nak korang pikir n kaji betul2, betul ke compaqny kita cover medical expenses unlimited?? bukannya ape, aku takut nanti jadi macam sahabatku punya kenalan...selama ni die fikir ada company boleh cover unlimited if masuk hospital..so ditakdirkan Allah die disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan terpaksa berulang alik ke hospital untuk buat dylisis..tp malangnya, company ny hanya cover RM10,000 sahaja untuk sakit dylisis..

Tapi sekiranya betul company cover unlimited pun, kalau ikut secara logik, kalau kita dah sakit, nak ke company tu ambil kita sebagai pekerja..??sedangkan kt luar tu berlambak2 lagi orang yg sihat dan produktif mencari kerja, buat pe nak tanggung orang yg dah tak produktif..kan?kan?kan? Buat rugik company je..

haaa....bila dah sakit,diberhentikan,mane nak cekau duit untuk tanggung bil perubatan?? cer cite.. cer cite?? bil perubatan sekarang bukan murah.. mahal.. even masuk hospitan 2hari atas sebab demam pn dah kena bil RM2,000.. ini kan pulak sakit yg teruk..


Antara 2 gambar di tas, korang boleh pilih nak situasi yang mana...pilihan di tangan anda.. perghh...skema pulak...hehe. cumenya aku nak ingatkan 2 perkara penting.. yg pertama....cer tengok gambar kt bawah..hehe.


Renung-renungkan dan selamat beramal...huhu. kalau nak set appointment or nak tanya pape, boleh la tinggalkan komen atau email je.. sms n call pn boleh.. xde masalah.. detail ada kt bawah ye.. :)


Nur Munirah binti Mohd Suib
013-253 8738
Wealth Planner
nurmunirah997@prupartner.com.my
PruBSN Takaful

Thursday, 18 July 2013

TAUBAT NASUHA..Macammana??

Erm....sempena bulan Ramadhan ni,saya nk cite ckit pasal taubat nasuha....

Detail ni saya catat masa kuliah dhuha wanita kt Surau Annur 24/3/2013.. Erm...sape2 yg area Bandar Baru Bangi,boleh la datang.. Kuliah Dhuha utk wanita mmg ada setiap hari Ahad, 9.30pg.. Biasenye ceramah smpai kul 11.30..

Yg beznye...kalo ada apa2 persoalan n kemusykilan,boleh tnye utz terus sbb lepas ceramah biasanya ada soal jawab..

Erm...sempena Ramadhan ni,saya tertarik nak share pasal Taubat Nasuha..

Penyesalan itu adalah taubat.. Allah mewajibkan hambaNya bertaubat supaya Allah menerima ibadat yg kita lakukan dan supaya kita mendapat Taufiq..

Kenapa kne bertaubat dlu baru baru Allah terima ibadat kite?? Ok,cani.. saya bagi 1 situasi..

si A pinjam duit dgn si B RM10,000...tp da lama masih lagi xbayar2 hutang RM10,000 tu.. si B ni da marah n kecik hati dgn si A sbb xbayar hutang.. Tp dalam mase yg sama, si A buat selamba je..da la tak mintak maaf kt si B, tp boleh pulak la wat baik dgn B.. bg makanan, belanja minum..tp hutang xbayar.. si B mesti kecik hati jgk dgn si A walaupun si A da wat mcm2
..tp si A xmtk maaf pun n xbayar pn hutang dgn si B..

Haaa...same jgk mcm ibadat kita dgn Allah.. kita kena mtk ampun dgn Allah atas segala dosa yang kita lakukan...

Contohnya kita pernah tinggal solat..solat tu kita kne ganti balik..ibarat kita berhutang dgn Allah sebenarnya..

Sbb tu la kalo kita kne taubat nasuha supaya Allah terima ibadat yg kite lakukan...dan kite kne bayar hutang kita dgn Allah kalo ada..cth mcm solat tadi la..

Aritu ustaz ada jugak bagitau...taubat nasuha ni ada syarat2nya.. Ada 3 syarat..

1) Meninggalkan dosa dengan ikhtiar.. (memang betul2 nak taubat,usaha sungguh2 utk tinggalkan dosa)

2) Bertaubat sbb dosa yg telah dibuat (menyesal la maksudnya)

3) Bertaubat dari sesuatu dosa, tapi melakukan dosa lain, itu bukan taubat namany..so syaratnya kalo da bertaubat dr sesuatu dosa,maka jgn buat dosa lain..

Semoga post ni dapat memberi manfaat kepada semua yg membaca..

Terima kasih.. :)