Sunday, 24 November 2013

Pilih SATU je!!

Antara ketiga2 situasi dalam gambar ni, yang mane 1 korang pilih??huhu.. Ingat taw..pilih 1 je..

Nur Munirah Mohd Suib
013-253 8738
munirahsuib@gmail.com

My Heart!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hmm...da lame sgt aku tak update blog. Actually banyak sgt mende yg nk share. Tp kekangan masa utk 'mengayat' tu yg wat blog ni da lame tak berupdate.hihi..

Tp arini aku nak membebel ckit pasal most important organ dlm badan kte smue ni.. Cer teka apedie?? Haaa...pandai!! JANTUNG!! Macam dalam gambar ni la.. Ape pn yg kita buat, berlari ke, tidur ke, makan ke, jantung kte akan sentiasa berjalan/berfungsi.. kalau x, kte yg 'jalan'.. kn??

So korang nampak yg betape penting ny jantung ni??huhu.. Sbb tu kte kne jge betul2.. Tp, andai kate ditakdirkn ada masalah jantung, cane???? G jela hospital.. kn?? Tp korang rase2 la, berape kos ek?? Agk2 5hengget?? Ke 10hengget?? Erm...xde maknenye!! Kos perubatan utk sakit jantung SANGAT mahal..

Even keje kerajaan skali pn, kos utk pembedahan yg melibatkan alat2 tambahan khas, kerajaan TAK COVER!! So jgn nk berlagak sgt walaupun keje kerajaan.. huhu.

TER emo plk.. bukan ape, aku sll sgt la jmpe org keje kerajaan yg berlagak xbertempat konon xperlu medical card cz kerajaan da cover.. Xde maknenye semue tu..tu semue tplak duit graduiti korang taw!

Ok, kte sambung balik topik td.. Kalau ada medical card sndri, senang la..papehal, pembedahan ke ape ke, smue takaful cover.. Xyah nk pening kepala cri duit nk tanggung kos perubatan. Kn? Kn? Kn?

Medical ni sgt penting...so jgn lupe utk dapatkan free consultation dr saya k? Sayonara..

Nur Munirah Mohd Suib
013-253 8738
munirahsuib@gmail.com

Monday, 11 November 2013

MENYAYAT HATI : Perbualan antara Jururawat dan Pesakit

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan
sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.
Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap
masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...
Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar
masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.

Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?

Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?

Anda yang sihat yang membaca  sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ini.