Thursday, 18 July 2013

TAUBAT NASUHA..Macammana??

Erm....sempena bulan Ramadhan ni,saya nk cite ckit pasal taubat nasuha....

Detail ni saya catat masa kuliah dhuha wanita kt Surau Annur 24/3/2013.. Erm...sape2 yg area Bandar Baru Bangi,boleh la datang.. Kuliah Dhuha utk wanita mmg ada setiap hari Ahad, 9.30pg.. Biasenye ceramah smpai kul 11.30..

Yg beznye...kalo ada apa2 persoalan n kemusykilan,boleh tnye utz terus sbb lepas ceramah biasanya ada soal jawab..

Erm...sempena Ramadhan ni,saya tertarik nak share pasal Taubat Nasuha..

Penyesalan itu adalah taubat.. Allah mewajibkan hambaNya bertaubat supaya Allah menerima ibadat yg kita lakukan dan supaya kita mendapat Taufiq..

Kenapa kne bertaubat dlu baru baru Allah terima ibadat kite?? Ok,cani.. saya bagi 1 situasi..

si A pinjam duit dgn si B RM10,000...tp da lama masih lagi xbayar2 hutang RM10,000 tu.. si B ni da marah n kecik hati dgn si A sbb xbayar hutang.. Tp dalam mase yg sama, si A buat selamba je..da la tak mintak maaf kt si B, tp boleh pulak la wat baik dgn B.. bg makanan, belanja minum..tp hutang xbayar.. si B mesti kecik hati jgk dgn si A walaupun si A da wat mcm2
..tp si A xmtk maaf pun n xbayar pn hutang dgn si B..

Haaa...same jgk mcm ibadat kita dgn Allah.. kita kena mtk ampun dgn Allah atas segala dosa yang kita lakukan...

Contohnya kita pernah tinggal solat..solat tu kita kne ganti balik..ibarat kita berhutang dgn Allah sebenarnya..

Sbb tu la kalo kita kne taubat nasuha supaya Allah terima ibadat yg kite lakukan...dan kite kne bayar hutang kita dgn Allah kalo ada..cth mcm solat tadi la..

Aritu ustaz ada jugak bagitau...taubat nasuha ni ada syarat2nya.. Ada 3 syarat..

1) Meninggalkan dosa dengan ikhtiar.. (memang betul2 nak taubat,usaha sungguh2 utk tinggalkan dosa)

2) Bertaubat sbb dosa yg telah dibuat (menyesal la maksudnya)

3) Bertaubat dari sesuatu dosa, tapi melakukan dosa lain, itu bukan taubat namany..so syaratnya kalo da bertaubat dr sesuatu dosa,maka jgn buat dosa lain..

Semoga post ni dapat memberi manfaat kepada semua yg membaca..

Terima kasih.. :)

Monday, 15 July 2013

HIDUP INI SATU PERJUANGAN

Islam bukan sekadar satu agama yang berbentuk ritual tetapi merupakan satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Walaupun begitu, terdapat golongan dalam masyarakat yang memperlekehkan aspek kesempurnaan Islam ini dengan melabelkan Islam sebagai agama yang sempit, jumud dan tidak seiring dengan arus pemikiran baru yang terdapat pada hari ini. Kemunculan fahaman-fahaman baru yang dilihat seolah-olah menolak elemen agama merupakan satu ancaman baru kepada kepada pemikiran masyarakat Malaysia. 

Dalam pelbagai isu yang ditimbulkan oleh pelopor dan juga pejuang fahaman berbentuk sekularis, liberal dan pluralis ini, antara yang menjadi topik perbincangan hebat ialah mengenai isu Hak Asasi Manusia. Hak Asasi Manusia yang diperjuangkan oleh dunia Barat dan juga kumpulan fahaman ini adalah berlandaskan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat ataupun Universal Declaration of Human Rights (UDHR), yang diisytiharkan pada 10 Disember 1948. Deklarasi ini membahagikan hak asasi manusia kepada 4 aspek utama iaitu kebebasan kepercayaan, kebebasan bersuara, kebebasan kemahuan dan kebebasan daripada ketakutan. Kebebasan ini juga diterjemahkan dalam bentuk hak asasi yang meliputi semua manusia tanpa mengambil kira apa jua latarbelakang individu tersebut. 

Dari perspektif Islam, hak asasi manusia adalah tidak mutlak dan bermatlamatkan melindungi maruah dan karamah manusia yang membezakan antara manusia dan haiwan. Menurut Dr. Wahbah Al-Zuhaili, Islam sebagai agama yang bersumberkan wahyu dari Allah SWT, adalah agama yang mula-mula memperakui dan mendaulatkan hak-hak asasi manusia. Sebagai contoh, perubahan dari zaman jahiliyyah di mana kaum wanita dan kanak-kanak perempuan dizalimi dan dibunuh kerana jantina mereka ke zaman Islam dimana kedudukan wanita dimartabatkan dan dipelihara merupakan satu titik tolak kepada elemen penting terhadap hak kebebasan dan kesamarataan bagi manusia. Ini ditegaskan di dalam surah Al-Isra’ ayat 70: 

“Sesungguhnya Kami telah memuliakan (status) anak-anak Adam.” Dan di dalam surah Al-Hujarat, Ayat 13: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan telah kami menciptakan kamu dengan pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu dengan yang lain) Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yang lebih takwanya.” 

Islam meletakkan penghormatan yang mulia dan tinggi kepada manusia tanpa mengira warna kulit, jantina, keturunan atau bangsa seseorang itu. Sebaliknya, apa yang penting dalam Islam ialah komitmen seseorang individu itu kepada usaha memperkuatkan aqidahnya dan juga peningkatan taqwanya kepada keesaan Allah SWT. Jika apa yang diperjuangkan oleh mana-mana individu itu dilihat sebagai usaha menjatuhkan kemuliaannya sebagai manusia dan juga lebih menjauhkan dirinya dari Allah SWT, maka, tidak rasional usaha atau pandangan itu dilihat sebagai satu bentuk tindakan menegakkan hak asasinya. Penghormatan atau ruang juga tidak perlu diberikan kepada golongan yang memperjuangkan satu bentuk hak asasi yang membelakangi nilai-nilai moral sejagat dan juga prinsip-prinsip asas etika. 

Berbeza dengan perspektif Islam, pemikir-pemikir Barat lebih cenderong mengaitkan hak asasi manusia dengan kedaulatan dan kebebasan individu semata-mata. Bagi golongan ini dan para pendokongnya, hak asasi manusia dan kebebasan individu adalah bersifat mutlak dan kepentingan individu mengatasi kepentingan manusia sejagat. Dari kefahaman inilah lahir pelbagai corak kehidupan manusia moden yang kadangkala dilihat seolah-olah membawa ketamadunan manusia itu beberapa langkah ke belakang dan mengulangi kesilapan golongan manusia lampau yang pernah wujud dalam zaman sebelum kedatangan Islam dan juga jauh dari cara hidup yang didakwah oleh para Nabi dan Rasul yang diutus oleh Allah SWT untuk golongan manusia. 

Penting untuk difahami bahawa Islam memartabatkan hak asasi manusia sebagai satu bentuk anugerah Allah SWT kepada khalifahNya di muka bumi ini. Ia bersifat syumul dan ajarannya selari dengan fitrah kejadian insan disamping merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Oleh itu, satu prinsip penting dalam pemahaman ini adalah hak yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia ada batasannya. Hak tersebut haruslah berteraskan kepada prinsip keadilan serta penegasan kepada pencapaian maqasid syari’ah iaitu penyuburan 5 kepentingan asas merangkumi agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. 

Walaupun begitu, terdapat pihak yang memperjuangkan hak asasi manusia, bersuara atas alasan mereka didiskriminasi dan dipinggirkan oleh masyarakat. Malangnya, pihak yang melaungkan kebebasan dan prinsip hak asasi ini tidak melihat kepada intipati dan legitimasi hak yang cuba diperjuangkan. Hanya kerana mereka merasakan bahawa sebagai manusia, laungan dan pengiktirafan harus diberikan kepada mereka dengan sewajarnya; tanpa mengambil kira sama ada hak yang dituntut itu boleh membawa kerosakan kepada masyarakat amnya. Penegasan ideologi individualisme dan humanisme yang menjadi tulang belakang hak asasi manusia tajaan Barat menjadikan pendokong fahaman-fahaman ini sentiasa merasakan mereka adalah pembawa perubahan sambil menafikan bahawa perubahan yang sah ialah perubahan yang didasari oleh sistem moral dan nilai sejagat. 

Bagi mereka, masyarakat harus lebih bersifat terbuka dan menerima kepelbagaian yang ada walaupun ianya bertentangan dengan norma masyarakat. Yang amat membingungkan ialah dalam keasyikan mereka ‘memperjuangkan’ hak untuk ‘bersuara’, seringkali mereka melenting apabila ada pihak lain yang mempersoalkan perjuangan mereka sedangkan pihak ini juga mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat. Pada hakikatnya, tanpa mereka sedari, sikap yang tidak konsisten ini telah menzahirkan kelemahan semulajadi di dalam perjuangan mereka. 

Sebagai kesimpulan, visi dan misi sesebuah sistem nilailah yang sebenarnya membentuk dan memberi makna kepada hak asasi manusia. Berbekalkan sistem nilai yang hakiki, manusia pasti akan berupaya untuk mengenal ciri-ciri hak asasi yang dapat membawa perubahan positif lagi progresif demi kelangsungan peradaban manusa di muka bumi yang fana ini.

Siapa suka berHUTANG??



Apa itu HUTANG??

Kenapa orang berHUTANG??

Best sgt ke berHUTANG ni??

Ermm....mase mule2 berhutang tu mmg best... tambah2 kalo yg wat personal loan.. perghh...sederap dapat duit..masa tu ibarat dunia ini aku yang punya!!

Tp bile time nk bayar balik????????? Ramai yg tak mampu, hanya segelintir shaja yg mampu..

TAHUkah anda HUTANG ni, SANGAT BAHAYA!!!

Sbb tu bila dapat gaji sebaik2nya kita kena allocate siap2 20% daripada gaji utk perlindungan dan simpanan... Supaya suatu hari nnt kita tak terbeban dengan hutang banyak.

dalam Islam pun ada nyatakan beberapa hadith dan ayat al-quran mengenai orang yg berhutang ni..

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Jadi, kita semua hendaklah menguruskan dengan baik perbelanjaan kita setiap bulan agar tidak terbeban dgn hutang.. takkan la kita nak tersenyum 6hari je setiap bulan macam dalam gambar kt bawah ni??huhuhu...


Cuba bayangkan, kalau ketika sihat pun da menanggung hutang yg banyak macam tu...kalo tak sihat nnt, or meninggal cane pulak?? Takkan la kita nak tinggalkan orang yg tersayang dengan beban hutang yg banyak.. especially lelaki..

lebih baik tinggalkan isteri dengan harta yg banyak daripada meninggalkan isteri dalam keadaan meminta2..

MASA itu EMAS!!



Tick.. tock.. tick.. tock..

Time is running.. Gunakan sblm terlambat.. 5 perkara sblm dtg 5 yg lain 

SIHAT sblm Sakit, 
Muda sblm Tua, 
Kaya sblm Miskin,
Lapang sblm Sibuk dan
Hidup sblm MATI....

semalam ada proposal kena decline huhu
 ~da agak tp cuba juga hantaq dgn niat nk tolong orang tu, sian anak ramai, dia nk bt saving jgk tu~~

decline sbb org tu rupanya ada manyak sakit oo... Hmm sian dia...x smpi ati nk bgtau dia huu

Actually, bukan semua org LAYAK dpt perlindungan Takaful @ insuran sbnrnya.. Obes je pun dah bother2 je tau.. My 1st case yg decline, hmm xpela nnt nk tolong buat takaful utk anak2 dia pula..

ANDA RASA ANDA LAYAK??

Cpt2 la amik coverage sblm harge medical card naik lg.. Haih~~

Kadang2 ramai yang cakap belum berminat tp saya pulak yg risau.. risau sbb takut nanti bila da berminat die pulak TAK LAYAK nak amek..

kalau anda menolak apabila seorang agen takaful/insurans suggest utk pelan yg dicadangkan, mereka boleh cari orang lain yg berminat..TAPI kalau da sakit, bg RM1,000,000 pun TAK DER syarikat takaful/insurans yg nak terima..

Rebut lah peluang sementara masa masih ada.. hargai lah kesihatan, masa dan wang anda.. 

Nur Munirah
Walth Planner
013-253 8738
pprudential.takaful@gmail.com

Sunday, 14 July 2013

PruBSN Ummah



Teringin nak ke tanah suci Mekkah, insyaAllah tak sampi 10thun sy da boleh pegi, yeay!! sbb saya ada PruUmmah, saya paksa diri simpan duit bulan2 TAK sampai 54 ringgit pun, nnt smpai tempohnya saya dapat simpan RM20k utk ke Sana..

Tp kalau umur tak panjang insyaAllah dah ada duit n org yg akan buatkn badal haji utk saya sbb badal haji ialah salah satu manfaat dalam pakej PruUmmah ni..

Parents pun dapat pampasan kematian utk selesaikan hutang2 yg masih berbaki

Dan klu saya sakit kritikal pun masih ada reserve saving...

Hmm saya xsilap buat pilihan, pruUmmah..kerana banyak benefit yang disediakan.. yg penting saya da memulakan langkah saya utk ke Sana~~~ InsyaALLAH..

"dan serukan kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadah HAJI, nescaya mereka akan datang (ke rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis2 unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan(ceruk rantau) yang jauh.." -Surah Al-Hajj, ayat 27

"dan Allah MEWAJIBKAN manusia mengerjakan ibadah HAJI dengan mngunjungi Baitullah, atau sesiapa yg MAMPU dan berkuasa kepadanya. Dan sesiapa yg kufur (ingkar kewajipan ibadah HAJI itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatupun dari sekalian makhluk." -Surah Ali Imran, Ayat 97-

untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh tinggalkan komen or email di pprudential.takaful@gmail.com


Nur Munirah
Wealth Planner
013-253 8738